Home / Artikel / Pelik Atau Unik? Wanita Berhijab Ini Gemar Memakai ‘Cosplay’

Pelik Atau Unik? Wanita Berhijab Ini Gemar Memakai ‘Cosplay’

Pakaian animasi ataupun lebih dikenali sebagai Cosplay mula diperkenalkan sejak 1980-an lagi. Bermula di Jepun sehinggalah berkembang di Malaysia sekitar 15 tahun dahulu, Cosplay ini mula mendapat perhatian dan menjadi salah satu agenda tahunan buat mereka yang menggemarinya.

Hijab Bukanlah Penghalang

Akan tetapi jika dilihatkan pada Cosplay yang dipakai oleh kebanyakan mereka kadangkala tampak seksi dan kelihatan sedikit janggal. Namun ianya bukanlah penghalang buat gadis berumur 24 tahun ini yang lebih dikenali sebagai Saakira Cosplay.

Saakira atau nama sebenarnya Nurul Syakirah Binti Samsol yang juga pelajar Universiti Kuala Lumpur mengaku begitu minat dalam dunia Cosplay sehingga sanggup berbelanja ratusan ringgit demi memakai kostum watak kegemarannya. Walaupun berhijab, ianya bukanlah satu penghalang kerana Saakira akan menggayakan kostum pilihan dengan cara tersendiri.

Dijemput Menjadi Juri Pertandingan

Menerusi temubual Hangat.com bersama Saakira, beliau mula mendekati dunia cosplay ini sejak 5 tahun yang lalu. Bukan sahaja Cosplay, Saakira juga gemar menggayakan fesyen Lolita dan turut diundang menjadi juri pertandingan yang sama baru – baru ini.

Begitu menggemari watak Crystal Maiden dan Rylai Dota 2, Saakira dan beberapa orang wanita muslimah yang minat dalam Cosplay ini turut menarik minat media antarabangsa bagi menceritakan mengenai wanita berhijab yang gemar pada kostum animasi ini.

Jadi untuk anda yang berhijab dan minat pada kostum, mereka telah buktikan ianya bukanalah satu penghalang!

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.