Home / Artikel / Pelakon Ellie Suriaty ‘buat kecoh’ di mahkamah demi bekas Perdana Menteri

Pelakon Ellie Suriaty ‘buat kecoh’ di mahkamah demi bekas Perdana Menteri

 

Pelakon Ellie Suriaty ‘buat kecoh’ di mahkamah demi bekas Perdana Menteri  | Pelakon Ellie Suriaty menegaskan dia juga seperti rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk memilih parti politik selain bebas menyokong mana-mana pemimpin. Ellie, 48, berkata dia tidak kisah dengan tanggapan netizen mengenai sokongannya terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini berhadapan dengan tuduhan salah guna kuasa dan pecah amanah.

“Kita berada dalam negara demokrasi. Saya berhak untuk memilih parti politik dan berhak untuk menyuarakan pandangan. “Kalau netizen nak cakap negatif, itu pandangan mereka. Terpulang kepada mereka dan saya tak boleh nak kata apa. “Saya anak seni dan kerjaya saya tak terikat dengan kerajaan. Malah, saya juga terima diri sebagai pembangkang,” kata Ellie ketika dihubungi. Ellie yang hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta dekat sini sebagai tanda sokongan terhada Najib diberi amaran oleh pihak polis selepas mencetuskan provokasi bersama penyokong lain sehingga menyebabkan keadaan di mahkamah bertukar kecoh.

Kata Ellie, kehadirannya itu kerana menghargai kepimpinan bekas perdana menteri berkenaan terhadap negara selama ini. “Saya datang untuk beri sokongan moral kepada perdana menteri keenam yang pernah mentadbir negara. “Supaya beliau tahu yang masih ada ramai lagi rakyat Malaysia menghargai kepimpinan dia,” ujarnya.Dalam pada itu, Ellie menganggap penahanan Najib pada Selasa adalah tidak beretika dan berharap bekas pemimpin itu akan dibicarakan secara adil.

“Bagi saya, cara penahanan itu tidak beretika dan tidak berhormat. Beliau pernah menjadi pemimpin yang mentadbir negara. “Tak adil untuk dilayan sebegitu. Malah, dituduh dan difitnah dengan perkara yang dah terang-terangan salah. Saya berharap beliau akan dibicara secara adil,” katanya. Sebelum itu, Ellie bersama hampir 50 orang penyokong Najib setia menunggu di luar mahkamah menantikan proses pendakwaan dijalankan. Isteri kepada pelakon Azri Iskandar ini antara selebriti yang menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Najib. -Mstar

 

 

.

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia