Home / Artikel / Pelajar Maut Jatuh Tingkat 4 Kerana ‘Hammock’?

Pelajar Maut Jatuh Tingkat 4 Kerana ‘Hammock’?

Ajal tidak akan datang lambat atau cepat sesaat sekalipun dari yang sudah ditentukan. Namun sebagai manusia, kita wajar menjaga keselamatan diri untuk mengelakkan perkara buruk menimpa.

Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dengkil ditemui mati selepas dari tingkat empat bangunan asramanya malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.32 malam tadi.

Siasatan awal mendapati mangsa berusia 18 tahun bersama rakannya sedang bersembang di balkoni bilik asrama terbabit. Menurut keterangan rakannya yang juga saksi kejadian, mangsa sedang berbual menerusi telefon bimbit sambil duduk di atas palang besi balkoni menghadap ke luar bangunan. Bagaimanapun, mangsa tergelincir daripada besi itu sebelum terjatuh dari ketinggian tingkat empat bangunan berkenaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang pengguna Twitter pula mendakwa kejadian itu berlaku kerana mangsa menggantung buaian (hammock) di beranda. Malahan mangsa dikatakan sempat memuatnaik gambar sedang berbaring dalam buaian tersebut di status Whatsappnya.

Mangsa juga didakwa terlalu gembir bersorak ketika menonton final Piala Dunia semalam sehingga menyebabkan dia terjatuh.

Netizen sama turut memuatnaik screenshot perbualan Whatsapp mendakwa berita sebenar diminta tidak disebarkan dan cuba diputar supaya berita berkenaan tidak tersebar kepada khalayak.

Sumber: Harian Metro, Dato Munir

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia