Home / Artikel / Patut Pun Marah….Bapa Zahirah Dakwa Zul Jenis Tak Hormat Orang Tua

Patut Pun Marah….Bapa Zahirah Dakwa Zul Jenis Tak Hormat Orang Tua

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Patut Pun Marah….Bapa Zahirah Dakwa Zul Jenis Tak Hormat Orang Tua

Walaupun dia badan sado, saya tak takut. Saya hanya takut kepada Allah. Bagi saya, paling penting hormat orang tua,”

 itulah kata-kata yang dikeluarkan oleh bapa Zahirah Macwilson, Zainol Macwilson apabila memberi komen tentang hubungan anak gadisnya putus bersama pelakon popular Zul Ariffin.

Akhirnya bapa kepada pelakon cantik ini boleh menarik nafas lega apabila anaknya itu telah mengesahkan hubungan yang terjalin beberapa tahun ini akhirnya temui jalan penamat.

Menurut Zainol apa yang mengecewakannya, Zul tidak pernah bersikap gentleman apabila bersama anaknya dan sering menggunakan Zahirah untuk bercakap dengan dirinya.

Katanya jika Zul seorang yang gentleman dan tiada nombornya untuk menghubunginya mengapa tidak minta nombor kepada Zahirah dan hubunginya sendiri.

“Apa boleh dikatakan, Zul hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Dia sudah tahu saya tak restu, kenapa nak teruskan juga. Macam saya katakan, nak berkawan tidak ada masalah, tapi bukan bercinta atau ke fasa seterusnya.

“Selagi saya hidup, Zahirah masih menjadi tanggungjawab saya. Saya berharap, apa yang berlaku ini secara tak langsung, ia beri pengajaran dan harus ‘move on’.

“Orang kata dia lelaki sejati. Tapi, kenapa tidak mahu menghubungi saya terus. Kenapa kena melalui Zahirah?

“Kalau dia tidak ada nombor telefon saya, boleh minta daripada Zahirah. Dari situ saja boleh tahu dia macam mana,” katanya.

Bukan itu sahaja, Zainol turut memberitahu ibu kepada Zahirah turut pernah berkata Zul tidak menghormati orang tua. Hari pertama berjumpa dia telah memberikan persepsi yang negatif.

Malah, Zainol memberitahu dia sebenarnya bukanlah suka-suka tidak merestui hubungan di antara anaknya dan pelakon Thombiru itu, sebaliknya dia mempunyai alasannya yang tersendiri.

Aduh memang konflik betullah hubungan mereka. Apapun MH harap selepas ini Zahirah dan Zul dapat tutup buka dan buka muka surat yang baru dalam hidup.


sumber:Mediahiburan