Home / Artikel / Pasukan Bola Sepak Remaja Thailand Ditemui Selepas 10 Hari Hilang

Pasukan Bola Sepak Remaja Thailand Ditemui Selepas 10 Hari Hilang

Baru-baru ini, kita telah digemparkan dengan berita kehilangan pasukan bola sepak remaja Thailand dari pasukan Wild Boars yang dilaporkan hilang di sebuah gua Tham Luang, Thailand.

Pencarian telah dijalankan selama 9 hari tanpa henti dan akhirnya dijumpai oleh pasukan penyelamat Thailand yang menemui 12 pemain bola sepak berumur 11 hingga 16 tahun dan seorang jurulatih 25 tahun di dalam gua, menunjukkan tanda masih hidup, kata Gabenor Chiang Rai.

“Pasukan khas tentera laut Thailand menemui semua 13 orang dengan tanda masih hidup,” kata Narongsak Osottanakorn.

Misi mencari dan menyelamat selama lebih 1 minggu itu telah disertai oleh anggota tentera dan juga pasukan penyelamat antarabangsa dari Amerika Syarikat, China, Australia dan juga United Kingdom.

Dikabarkan, kejadian ini berlaku setelah pasukan ini dalam lawatan berbasikal ke gua tersebut dan oleh kerana cuaca buruk dan hujan lebat menyebabkan mereka terperangkap setelah pintu masuk gua runtuh.

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia