Home / Artikel / Pasangan Kejam! Isteri Bunuh Bayi Baru Dilahirkan, ‘Pass’ Dekat Suami Pergi Tanam Dekat Kebun…

Pasangan Kejam! Isteri Bunuh Bayi Baru Dilahirkan, ‘Pass’ Dekat Suami Pergi Tanam Dekat Kebun…

 

Apa salah si kecil sampai tergamak ibu perlakukan dia macam tu?!

Satu pasangan suami isteri dari Desa Sukaluyu, Karawang ditahan selepas perbuatan mereka membunuh dan menanam bayi lelaki baru dilahirkan kantoi, lapor Tribun.

Sumber: Facebook

Bayi malang itu maut selepas ditekup oleh ibu kandungnya, AR berusia 19 tahun sebaik sahaja dilahirkan. Difahamkan, AR melahirkan anak itu di dalam tandas Masjid Al Muflihun, Desa Sukaluyu pada Khamis, 8 November kira-kira jam 12 tengah hari.

Sebaik sahaja melahirkan bayi tu, AR menarik tali pusat dengan tangannya dan terus menekup mulut anaknya sambil mencekik leher kerana panik serta takut ada yang terdengar tangisan.

Lebih teruk, suaminya EFG berusia 20 tahun datang setengah jam selepas anak itu mati dan memandikan serta mengafankan bayi tersebut sebelum membawa mayat ke kebun milik ibu bapa AR kira-kira 25 meter dari rumah mereka dan terus tanam di situ.

Sumber: Facebook

Pada Sabtu, 10 November, seorang warga kampung bernama Kamino, 63, menjumpai kubur tempat bayi malang tu dikebumikan lalu memaklumkan hal tersebut kepada pihak polis.

Keesokan hari, pasangan itu yang telah melarikan diri ke rumah EFG di Jawa Tengah, ditangkap dan disoal siasat. Rupa-rupanya, terbongkar rahsia bahawa anak yang dilahirkan itu bukanlah daripada hasil perkahwinannya dengan EFG.

“Pasangan ini baru sah bernikah selama sebulan. Namun, isterinya sudah melahirkan bayi itu menyebabkannya panik dan membunuhnya,” kata pihak polis.

Sumber: Pojok Jabar

Pasangan ini baru bernikah sebulan yang lalu dan AR pada ketika itu sedang mengandung kerana dirogol dua orang lelaki tidak dikenali.

Saya diperkosa pada November 2017 di rumah oleh dua orang, bukan kenalan saya. Saya tidak laporkan kerana takut diugut. Suami tidak tahu saya hamil semasa kami bernikah. Ya, saya sangat menyesal.”

Bila ditanya lebih lanjut mengapa dia membunuh bayi tersebut, AR menjawab yang sebenarnya dia tidak berniat untuk buat sedemikian.

Saya tidak bunuh. Saya (cuma) takut bayi menangis, tak sangka boleh meninggal, tak sengaja tutup mulut (bayi).” 

Sumber: Facebook

Kedua-dua mereka kini ditahan dan disiasat mengikut Pasal 80 Undang-Undang Perlindungan Anak. Jika disabit bersalah, mereka berdepan hukuman penjara selama 10 tahun.

Takkan masa bernikah perut dia tak obvious kan? Takkan suami tak perasan masa hubungan kelamin yang isteri dia mengandung?

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia