Home / Artikel / PANAS! Pemandu Grab Didakwa Merogol Isteri Orang Di Belasah Teruk

PANAS! Pemandu Grab Didakwa Merogol Isteri Orang Di Belasah Teruk

PANAS! Pemandu Grab Didakwa Merogol Isteri Orang Di Belasah Teruk-MELAKA TENGAH – Seorang pemandu Grab terpaksa menahan kesakitan selepas diserang dengan sebatang besi di Taman Kesidang, awal bulan ini.

Situasi itu tercetus apabila pemandu berusia 23 tahun itu didakwa merogol seorang penumpang wanita sebelum dia kemudiannya diserang suami kepada wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, pemandu tersebut mengambil wanita berusia 30 tahun itu dari Terminal Bas Melaka Sentral dan menghantar pulang wanita itu di rumahnya di Taman Kesidang.

Bagaimanapun menurutnya, setibanya di rumah, wanita itu enggan turun dan meminta pemandu Grab itu membawanya pusing-pusing terlebih dahulu kerana mendakwa sedang mengalami masalah rumah tangga.

“Dalam perjalanan wanita terbabit mendakwa terlelap di dalam kenderaan dan mendakwa dirinya dirogol namun dia tidak melawan.

“Sebelum sampai di rumah semula, dia menghantar pesanan ringkas kepada suaminya dan memaklumkan dirinya dirogol,” katanya.

Afzanizar berkata, suami wanita yang menunggu di hadapan rumah terus menyerang pemandu lelaki itu sehingga mengalami kecederaan di belakang kepala dan tangan kanan.

Katanya, dalam kes itu, pihaknya menerima dua laporan polis masing-masing dibuat suami kepada penumpang wanita berkenaan yang berusia 31 tahun dan mendakwa isterinya dirogol, manakala pemandu Grab itu turut membuat laporan polis menyatakan dirinya diserang.

“Susulan laporan yang diterima pihak polis menahan kedua-dua lelaki itu dan kes disiasat mengikut seksyen 376 dan 342 Kanun Keseksaan.

“Hasil saringan ujian air kencing terhadap pemandu Grab adalah negatif, sementara suami wanita terbabit positif dadah selain turut mempunyai tiga rekod lampau berkaitan dadah,” katanya.sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia