Home / Artikel / PANAS! Lelaki buat pengakuan seks bersama menteri.Kenali lelaki Ini

PANAS! Lelaki buat pengakuan seks bersama menteri.Kenali lelaki Ini


KUALA LUMPUR – Individu dalam video intim bersama seorang lagi lelaki didakwa mirip menteri kabinet tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi tersebut.

Mengaku namanya sebagai Haziq Aziz mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan.

“Saya Haziq Aziz dengan ini saya membuat pengakuan bersumpah bahawa sayalah individu bersama (individu mirip menteri) dalam video yang telah viral semalam.

“Video tersebut diambil tanpa kebenaran saya pada 11 Mei (semasa) Pilihan Raya Kecil Sandakan di (bilik individu mirip menteri) di Hotel Four Points,” katanya melalui rakaman video yang dimuat naik di media sosial hari ini.

Melalui video itu, Haziq berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat menteri terbabit.

“Saya menggesa SPRM untuk menyiasat …. atas tuduhan korupsi.

“Dia bukanlah individu yang layak menjadi seorang pemimpin,” katanya. – UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR – Individu yang dikaitkan dengan video intim bersama seorang yang didakwa menteri kabinet membuat pengakuan bersumpah beliaulah orang yang terlibat dalam perbuatan sumbang itu.

Haziq Abdullah Abdul Aziz yang juga setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

Haziq mendakwa video yang tersebar dalam beberapa siri itu dirakamkan di bilik hotel menteri itu semasa pilihanraya kecil Sandakan pada 11 Mei 2019.

Video yang tersebar menunjukkan mereka berdua di atas katil sebuah hotel dikatakan mula disebarkan pagi semalam melalui kumpulan WhatsApp, “Jemputan Hari Raya”.

Haziq dalam video pengakuannya mendakwa video itu telah diambil tanpa kebenarannya, namun tidak menyatakan siapakah individu yang merakamkan video tersebut.




 Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa beliau tidak tahu mengenai penyebaran video hubungan sejenis yang didakwa mirip seorang menteri Kabinetnya.

Jelas Dr Mahathir, beliau hanya tahu mengenai perkara itu selepas ditanya wartawan pada Selasa.

“Saya tidak tahu apa pun. Saya baru dengar.

“Saya kena baca dulu, kalau awak (wartawan) boleh bagi briefing. Boleh juga,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, Selasa.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia