Home / Artikel / PANAS! Hasanah Minta Bantuan Amerika Untuk Bantu Najib Yang Pro AS Berbanding Mahathir ‘Anti-Barat’ Dan ‘Anti-Yahudi’??

PANAS! Hasanah Minta Bantuan Amerika Untuk Bantu Najib Yang Pro AS Berbanding Mahathir ‘Anti-Barat’ Dan ‘Anti-Yahudi’??

PETALING JAYA: Bekas pegawai tinggi perisikan Hasanah Ab Hamid melanggar protokol apabila menulis kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) meminta Amerika Syarikat berpihak dalam politik dalaman negara, kata seorang peguam yang pernah berkhidmat dengan Cawangan Khas.

SN Nair berkata tindakan sedemikian boleh dianggap khianat.

“Tugas pertubuhan perisikan ialah melapor kepada kerajaan dan beroperasi secara neutral antara parti-parti politik,” katanya sehari selepas Hasanah membuat laporan polis berkenaan kebocoran suratnya kepada Pengarah CIA, Gina Haspel yang ditulis sebelum pilihan raya umum 9 Mei lepas.

Surat itu menggambarkan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak sebagai sekutu penting AS, berbanding Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang “anti-Barat” dan “anti-Yahudi”.

Hasanah, yang mengetuai Bahagian Penyelidikan (ME10) di Jabatan Perdana Menteri mempertahankan tindakannya daripada tuduhan khianat, mengatakan ia amalan biasa dan dengan niat baik.

Nair bagaimanapun berkata pertubuhan perisikan tidak sepatutnya menyebelahi mana-mana parti politik tetapi melindungi kepentingan orang awam dan keselamatan negara.

Beliau berkata Hasanah tidak berhak menulis kepada CIA untuk menarik sokongan kepada Najib dan Barisan Nasional.

“Apa yang mendorongnya menulis kepada CIA untuk menyokong Najib dan BN?” katanya.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla bersetuju dengan menggesa pihak berkuasa menangkap dan menyiasat Hasanah.

Beliau berkata polis juga mesti siasat surat itu dikeluarkan atas arahan siapa.

Najib berkata beliau tidak pernah mengarahkan surat itu ditulis dan tidak tahu menahu tentang kewujudannya, dan Hasanah semalam mendakwa dia tidak merujuk Najib sebelum menulis surat itu.

Haniff berkata motif Hasanah meminta polis menyiasat siapakah yang membocorkan surat itu “merepek dan tidak masuk akal”.

Beliau berkata Akta Rahsia Rasmi bertujuan untuk melindungi kepentingan negara, “bukan kesejahteraan mana-mana individu atau BN”.

Sementara itu, Nair membidas peguam Hasanah, Datuk Shaharudin Ali kerana mendedahkan butiran tentang ME10.

Peguam itu dilaporkan berkata unit itu mempunyai 1,000 ejen di seluruh dunia.

Nair berkata pendedahan berani itu tidak dibenarkan dalam mana-mana pertubuhan perisikan.

“Anda tidak boleh mendedahkan butiran saiz kakitangan anda dan aturgerak mereka,” katanya, dan menambah Shaharudin mungkin menyalahi OSA.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia