Home / Artikel / Orang Islam Sibuk Bertelagah, Mubaligh Kristian Sibuk Edar Bible Kepada Orang Melayu?

Orang Islam Sibuk Bertelagah, Mubaligh Kristian Sibuk Edar Bible Kepada Orang Melayu?

 

Dua tiga hari ni, berlegar di media sosial akan posting mengenai beberapa individu yang dikatakan mengedar Bible kepada orang Melayu sekitar Pulau Pinang.

Menurut posting di Facebook tersebut, aktiviti ini telah lama dijalankan dan mubaligh-mubaligh Kristian tersebut dikatakan berkeliaran masuk ke kawasan penduduk Melayu untuk menyebar dakyah mereka. 

Bergerak rumah ke rumah edar risalah dan khutbah mengenai kitab Bible

Kumpulan 20 orang ini dikatakan berselerak ke sekitar kawasan perumahan dekat Taman Nirwana, Kampung Pandan; Taman Seri, Teluk Danok, Banting dan Pinggiran USJ.

“Dalam kita bertelingkah dan enggan berkerjasama demi agama dan bangsa, mubaligh-mubaligh Kristian berkeliaran masuk kawasan penduduk Melayu menyebar dakyah mereka.

“Mereka mendakwa bahawa mereka adalah dari Persatuan Bible Malaysia (Bible Society Malaysia). Kumpulan ini diketuai lelaki India yang dikenali bernama Sam Jaster.

“Kumpulan ini kemudian beredar setelah tidak selesa apabila beberapa penduduk bertindak menyoal siasat dan mengekori mereka. Mereka beredar dari kawasan taman perumahan dengan menggunakan (3) buah kereta,” kata posting tersebut.

Sumber: Facebook

Kalau ingin edar risalah kepada orang Cina dan India, kenapa risalah diterbitkan dalam Bahasa Melayu? 

Menurut posting ini lagi, para sukarelawan pemantauan juga beritahu yang mubaligh ini cuba berhelah dengan mengatakan yang risalah itu untuk diberikan kepada orang-orang Cina dan India. Tapi tup-tup bila diperiksa Bible tersebut dalam BM… 

“Jika mereka ingin mengedarkan risalah ini kepada orang-orang Cina dan India kenapa perlu risalah tersebut diterbitkan dalam bahasa Melayu?.

“Pantau dan pastikan kawasan anda selamat dari anasir-anasir jahat ini. Inilah yang disebut sebagai “sadduz zara’i” – menyekat segala punca dan pintu untuk berlaku sebarang pemurtadan.” 

Sumber: Facebook

Bukan kes pertama viral, pelajar diberi Bible berupa ‘kamus’ 

Lebih membimbangkan, dalam satu isu yang viral seminggu yang lepas, pendakwah Kristian ini juga dikatakan memberi buku Bible kepada pelajar sekolah. Bentuknya agak mengelirukan sehingga ada di kalangan pihak sekolah menyangka ia adalah kamus kecil, lapor Berita Harian.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

“Saya lihat dua lelaki mengedar buku kecil kepada setiap pelajar Islam yang keluar dari kawasan sekolah.

“Pada mulanya, saya tertanya-tanya apa buku yang diberikan kepada pelajar sehinggalah saya membukanya dan melihat ia adalah kitab Bible.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi di kawasan sekolah kerana ia menggugat sensitiviti masyarakat beragama Islam,” kata seorang pekerja am di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam.

Pun begitu menurut saksi, mujurlah pelajar tidak membawa pulang kitab tu kerana mereka sangka ia adalah kamus dan tinggalkannya kepada pengawal keselamatan.

Tak cukup dengan itu, ada juga mengaku melihat beberapa individu asing mengedar bible ini di stesen bawah Bukit Bendera, Ayer Hitam.

Kiriman Pembaca.Lokasi di Ayer Itam, Stesen Bawah Bukit Bendera.Kelibat sekumpulan inividu yang edarkan buku…

Posted by Penang Kini on Tuesday, November 6, 2018

Mujahid sahkan kes edar Bible di sekolah

Bagaimanapun, kes pengedaran Bible di sekolah ini telah mendapat perhatian Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang kini sedang menuntut maklumat lanjut dari pihak sekolah dan pelajar tersebut.

“Saya difahamkan bila mereka (pelajar) keluar sekolah itu ada Islam dan bukan Islam, kadang-kadang dia (pengedar kitab Bible) tersalah bagi ingat bukan Islam, benda itu yang saya katakan pada awal lagi bukan tindakan bijak untuk berbuat demikian,” katanya.

Sumber: NST

Diharapkan kes ini tidak berlanjutan dan pihak yang mengedar naskah Bible tersebut menghentikanlah dakyah mereka kerana ia mengganggu gugat perlembagaan negara yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi. 

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia