Home / Artikel / Ngeri! Fieya Julia cerita detik-detik cemas hampir kehilangan nyawa

Ngeri! Fieya Julia cerita detik-detik cemas hampir kehilangan nyawa

PENYANYI baru Fieya Julia berkata dia hampir menemui ajal apabila tempat tinggalnya musnah dijilat api.Fieya atau Nur Syafiyah Sejali, 19, berkata kejadian itu berlaku pada pagi Aidilfitri lalu ketika dia sedang tidur.

“Mujurlah saya terjaga daripada tidur, jika tidak… mungin saya sudah menjadi korban kebakaran tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Penyanyi yang sedang mempromosikan single pertamanya berjudul Perasaanku itu hadir bagi menjayakan segmen #akustar di Menara Star.

“Saya kehilangan banyak barang istimewa termasuk hadiah daripada peminat.

“Memang sedih, banyak dugaan yang datang ketika saya nak lancarkan single pertama saya,” ujarnya lagi.

Fieya mula menyanyi dengan memuat naik video nyanyiannya di Youtube pada tahun 2012, namun sambutan yang kurang mengalakkan menyebabkan dia hampir patah semangat.

Biodata Fieya Julia

Perasaanku merupakan single pertama dari Fieya Julia, yang juga nama sebenarnya ialah Nur Syafiyah binti Sejali.
Beliaun berasal dari Kuching Sarawak.

Lagu Perasanku ini berkisar tentang perasaan seorang perempuan yang ingin mendapatkan kepastiaan dari kekasihnya tentang perasaan kekasihnya terhadap belian, dan untuk tidak membenarkan perasaannya tergantung.

Sedikit biodata Fieya Julia seperti berikut :
Nama Komersial : Fieya Julia
Nama Sebenar : Nur Syafiyah Binti Sejali
Asal : Kuching, Sarawak.
Usia: 19 tahun.
Tinggi: 160cm
Berat: 50kg
Hobi: Dengar lagu
Cita-Cita: penyanyi
Warna kegemaran: Hitam
Makanan kegemaran: Cheese cake
Minuman kegemaran: Greentea Susu
Pendidikan: lepasan spm
Kerjaya: penyanyi

Lirik Lagu Perasaanku – Fieya Julia

Jika Aku tak lagi engkau merindu katakan padaku
Sungguh Aku merasakannya darimu

Jika Aku tiada dalam hatimu
Tak Perlu kau buntu
Tak Usah kau pertahankanya untulku
Lepaskan Saja aku

Dan Bila ku sedang berduka
Kau Hadir bagaikan tiada apa
Sungguh Aku tak mengerti
Siapa Diriku sebenarnya dihatimu

Mengapa Ku selalu dibuai dusta dan derita
Selalu Dibelai bicara manisnya
Ku Disakiti selalunya

Oh Tuhan mengapakah
Salahkah Ku ingin rasa bahagia
Selalu Dicinta sentiasa
Ingin Kau ada selalunya

Mengapa Ku selalu dibuai dusta dan derita
Selalu Dibelai bicara manisnya
Ku Disakiti selalunya
Oh Tuhan mengapakah

Salahkah Ku ingin rasa bahagia
Selalu Dicinta sentiasa
Ingin Kau ada selalunya
Ingin Kau ada selalunya

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia