Home / Artikel / Neelofa Buka Mulut Gara-gara Anak Penjual Cendol Dihina

Neelofa Buka Mulut Gara-gara Anak Penjual Cendol Dihina

Hanya kerana cendol remaja perempuan ini pernah dihina dan diperli selepas mengetahui dia dan bapanya menjual cendol sejak dia kecil lagi. Pengakuan itu telah didedahkan sendiri oleh remaja itu yang dikenali sebagai Aisyah Zul Zaidi di laman Twitter nya.

Kisah Cendol Beri Inspirasi Buat Netizen

Menurut Aisyah, dia dan adik beradiknya sejak kecil lagi banyak menghabiskan masa di gerai cendol milik keluarganya yang diusahakan sejak lebih dari 20 tahun lamanya. Malah hasil daripada jualan cendol itulah mereka dibesarkan dan ada ketikanya mereka turut membantu ibu dan bapa berniaga.

Meskipun bergelar anak penjual cendol, Aisyah telah membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil bagi mencapai cita-citanya. Buktinya, remaja ini berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan yang didudukinya. Perkongsian kisah remaja ini benar-benar memberi inspirasi buat netizen dan turut tular di media sosial.

Neelofa Beri Kata Semangat Buat ‘Ecah Cendol’

Kisah remaja yang tular itu bukan sahaja memberi inspirasi pada netizen, malah selebriti terkenal, Neelofa turut kagum dengan semangatnya.

Malah, pengacara MeleTOP itu turut titipkan kata-kata semangat buat Aisyah selain mendoakan agar segala urusan dia sekeluarga dipermudahkan. Semoga kisah ini akan turut memberi inspirasi buat anda!
sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia