Home / Artikel / Nak Kahwin Suami Orang? Hadam 8 Pesanan "Deep" Dari Lelaki Ini Dulu. Sanggup Ke Tak?

Nak Kahwin Suami Orang? Hadam 8 Pesanan "Deep" Dari Lelaki Ini Dulu. Sanggup Ke Tak?

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Selepas pengakuan oleh pelakon Izreen Azminda bahawa dia telah sah menjadi isteri kedua kepada seorang pemuzik bebas memang kecoh dibuatnya.

Izreen menegaskan bahawa dia bukan seorang perampas, namun hanya mahu menumpang kasih dengan seorang lelaki yang bergelar suami orang. Namun, kenyataan Izreen mengundang pelbagai reaksi dan kecaman.

Biasalah rakyat Malaysia memang sensitif sikit kalau bab kahwin suami orang ni! 😛

Menariknya, Oh! Media tertarik untuk kongsikan pesanan “deep” yang diluahkan oleh lelaki ini. Yelah, kalau perempuan bagi nasihat macam ni mungkin biasalah, tapi bila lelaki yang bagi nasihat macam ni, agak rare sikit.

So kalau ada diantara korang yang sedang main cinta dengan suami orang tu, silalah hadam dulu baik-baik ya.

Sifir ringkas wanita yang nak menumpang kasih suami orang

Kepada perempuan, sebelum terima suami orang jadi suami kau dan kau merelakan diri untuk menjadi madu:

1- Periksa dulu suami orang tu mampu ke nak tanggung lagi satu keluarga? Tanya atau cek betul betul income dia. Silap-silap selama dia bawak kau keluar atau belikan hadiah mahal-mahal kat kau, dia pakai duit bini dia. Kah !

2- Buat sikit background check kat bini dia a.k.a bakal madu kau tu! Bukan apa, mana tau bini dia tu cantik. Lepas tu kau percaya lah laki tu cakap kau cantik. Tak lama lepas kahwin dengan kau, dia jumpa perempuan lain yang lagi cantik dari kau.. kau pun terima nasib yang sama. Padan muka! Its karma bitch!

3- “Bini I tak boleh pregnant U. I nak anak, zuriat keturunan I.. sebab tu lah i nak kawin lagi satu”..
Ini antara alasan paling popular lelaki nak kawen lagi. Kalau laki tu cakap macam tu kat kau, suruh dia tunjuk laporan medical check up yang membuktikan ‘pisang dia masih boleh berbuah’.. Lelaki ni ego. Dia yang mandul, tuduh isteri pulak yang tak subur. Suruh pergi cek pakar, dia cakap “dia tau lah, bukan dia yang mandul sebab keturunan dia tak pernah mandul, semua dapat anak!”

4- Berfikir guna otak! Umur lelaki yang kau nak kawin tu dah 55 tahun, bini 1st dah 50 tahun. Kau pulak baru 27 tahun..
Lepas kawen setahun, kau pregnant. Tak sempat kau beranak, laki kau mati.
Anak kau lahir jadi anak yatim. Kau ingat masa sebelum kau kawen, Lelaki kau tu kaya, tapi sebenarnya lelaki kau tak ada apa apa harta. Kau tinggal lah sebatang kara!
Dah kena jaga baby sorang sorang. Menangis pun tak guna sebab ada otak kau letak ntah kat mana. Bongok!

5- “Wife I sekarang dah lain U.. Dulu masa mula mula kahwin, hari hari cantik. Sekarang, huduh 24 jam. Pakai lipstik pun tak mau! Tak macam U, pandai bergaya,  cantik,  pandai berdikari!”
Kalau kau percaya cakap lelaki ni kau bodohlah dik! Tak yah aku explain panjang panjang!

6- Ini khusus untuk retis. Kau ingat kalau kau bukan retis, laki tu nak kat kau? Kah kah kah! Shame on U!
Susah payah kau bina nama, buat reputasi dalam bidang seni, last last kau rosakkan nama baik kau sebab kawin dengan laki orang! Buat malu Zed Zaidi ja sebagai presiden Seniman! Eh…

7- Kenapa pilih lelaki yang tak pernah puas dengan apa yang dia ada?
Dia dah ada bini, dah ada anak. dah lama bina keluarga. Tapi kenapa masih nak kat kau?
Kau pernah fikir perkara tu tak sebelum terima dia? Kau tahu, tapi kau penting kan diri. Kau hanya fikir bahagia kau saja! Kau selfpig (selfish+pig) kan sebenarnya!

8- ” I nak kawen lagi satu sebab nak ikut sunnah Nabi. Kan elok tu! Awak pun nanti dapat Payung Emas kat syurga! Awak tak nak ke?”.. kata si lelaki kepada bini pertama bila kantoi kawen lain.

Eh, Time nak kawen lebih dari 1 ikut sunnah Nabi. Padahal, Time dating sebelum kawen ngan perempuan tu siap bawak pergi bercuti tido satu bantal, kongsi satu baju. Tak cukup dia tunggang bini muda, Agama pun dia nak tunggang jugak! Jaha**m!

Kesimpulan: sebenarnya tiada istilah menumpang kasih bila kau kawen dengan laki orang kak! Tanyalah setiap isteri pertama, tak pernah mahunya dia nak bermadu!

Kau nak tumpang rumah orang, tapi tuan rumah tak bagi izin. Tapi kau masuk jugak ikut pintu belakang, lepas tu separuh rumah tu kau buat jadi rumah sendiri. Eh tu bukan kata tumpang dah tu kak! Tu kau dah macam zionis rampas rumah orang lain!

Semoga semua wanita yang menerima madu tabah menghadapi hari hari yang mendatang!

Bila berbicara soal kahwin lagi atau poligami memang masing-masing mempunyai pendapat dan pendirian tersendiri yang tak pernah habis.

Ya. Memang tak salah bermadu. Kalau kena dengan caranya, segala tuntutan dan tanggungjawab terpelihara malah yang paling penting hati isteri pertama dihormati dengan baik tiada siapa yang akan menidakkan hak seorang lelaki yang boleh berkahwin lebih dari satu.

Bermadu adalah sesuatu perkara yang paling ditakuti oleh wanita yang sudah berkahwin namun ramai wanita terpaksa menempuhi dugaan ini biarpun tidak rela. Apapun, berbalik kepada takdir dan sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah..

Artikel Yang Mungkin Anda Minati

jual beli kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *