Home / Artikel / Najib beli 4 baju sehari untuk Rosmah?

Najib beli 4 baju sehari untuk Rosmah?

Najib beli 4 baju sehari untuk Rosmah?

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap pendedahan nilai rampasan polis di enam hartanah berkaitan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi bukti kerosakan sistem dalam negara sebelum ini.

“Saya anggap kemewahan dan keborosan ini mengaibkan dan cukup memualkan. Pendedahan ini menunjukkan betapa rosaknya sistem dalam negara yang ada semua institusi daripada kehakiman hinggalah pencegahan rasuah, tetapi perkara ini berlaku berleluasa,” katanya memetik laporan Astro Awani.

Bekas timbalan perdana menteri itu menambah, nilai rampasan terbesar sejarah negara ini perlu dipandang serius oleh kepimpinan sekarang.

“Pengajarannya ialah pastikan menteri-menteri, pemimpin-pemimpin sentiasa dipantau.

“Bagaimana perbelanjaan mereka, rumah mereka, kenduri-kendara mereka, amalan biasa mereka, Jika tidak diperhalusi , tidak mustahil sejarah hitam negara ini akan berulang lagi sekali gus bertentangan dengan janji dan sumpah jawatan mereka,” katanya.

Tegas Anwar, situasi ini memaksa bukan sahaja pengisytiharan harta dalam kalangan pemimpin bahkan pemantauan berterusan oleh badan-badan bebas ke atas semua menteri dan pemimpin bagi mengelak ‘tragedi’ sama berulang.

Diterbitkan   |  Dikemaskini 

Seorang ahli parlimen pembangkang membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan bahawa beliau memindahkan sejumlah AS$14 juta (kira-kira RM55 juta) antara tahun 2011 dan 2014 ke gedung fesyen tempatan Jakel Trading.

Laporan Lim Lip Eng kepada Ibu Pejabat Polis Dang Wangi hari ini adalah berdasarkan butiran perbelanjaan Najib yang diterbitkan oleh akhbar The Wall Street Journal minggu lalu.

Bercakap kepada Malaysiakini , Ahli Parlimen Segambut mendedahkan bahawa beliau telah membuat penelitian berhubung perkara itu.

“Kami telah periksa beberapa pakaian yang bernilai RM10,000 setiap satu di Jakel.

“Jadi, adakah Najib membeli 5,500 pakaian dari Jakel untuk (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor) dalam tempoh empat tahun? Satu tahun bersamaan 365 hari, yang seterusnya bermakna 1,375 pakaian. Ini adalah kira-kira empat pakaian sehari.

“Jika laporan WSJ itu benar, ini lebih buruk daripada Imelda Marcos,” katanya.

Imelda adalah balu kepada bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos,yang memiliki lebih seribu pasang kasut berjenama yang mahal.

Ahli Parlimen DAP itu juga mempersoalkan dari mana datangnya wang berkenaan memandangkan perdana menteri tidak mampu berbelanja dengan boros hanya dengan gajinya.

Dalam laporan polisnya, Lim menggesa polis menyiasat isu AS$14 juta itu dengan dengan mengambil kira unsur-unsur rasuah, pengelakan cukai dan pengubahan wang haram.

Menurut WSJ , Najib membelanjakan sebanyak AS$15 juta (kira-kira RM58 juta) untuk percutian membeli-belah sakan dan mengumpul barangan kemas.

Perbelanjaan itu dilakukan di gedung-gedung di Amerika Syarikat, Malaysia, Itali dan beberapa tempat lain.

Perdana Menteri berulang kali menafikan menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan mendakwa kumpulan tertentu berkomplot untuk menggulingkannya.

Sementara itu, kerajaan juga telah menuduh WSJ adalah sebahagian daripada kempen berkenaan untuk menumbangkan perdana menteri.

Sebelum laporan WSJ itu, Australia Broadcasting Corporation AB C) menerbitkan surat daripada putera Arab, Saud Abdulaziz Majid yang mengikrarkan AS$375 juta (RM1.5 bilion) kepada Najib.

Kagum dengan tadbir urus perdana menteri berdasarkan prinsip Islam, putera itu berkata Najib boleh melakukan apa sahaja yang beliau mahu dengan pemberian berkenaan.

Januari lalu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berhubung RM2.6 bilion yang berada di akaun peribadi beliaunya yang digambarkan sebagai sumbangan politik dari Timur Tengah dan juga wang RM42 juta daripada SRC International.
sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia