Home / Artikel / Nabil Ahmad Jawab Isu Video Isteri Berkemban Yang Tersebar

Nabil Ahmad Jawab Isu Video Isteri Berkemban Yang Tersebar

Baru -baru ini kecoh, apabila terdapat sebuah video tersebar melibatkan pengacara Nabil Ahmad menerusi video secara langsungnya. Dalam video itu kelihatan kelibat isterinya, Zira Ayub yang dilihat seperti berkemban ketika Nabil sedang menjalankan sesi secara langsung perbualan di Instagramnya.

Terkilan Pihak Tidak Bertanggungjawab Sebarkan Video 

Menjelaskan isu tersebut, menurut Nabil, dia tidak perasan dan tidak sengaja memperlihatkan kelibat isterinya ketika itu kerana sedang fokus pada sesi siaran langsung itu. Jelasnya dia lagi, merasa terkilan kerana terdapat segelintir pengguna media sosial cuba mengambil kesempatan untuk menyebarkan video tersebut. Tambah Nabil, video seumpama itu tidak seharusnya ditularkan kerana ianya mengaibkan pelbagai pihak.

“Sekurang-kurangnya simpan sikit common sense, kita sendiri ada ibu, saudara perempuan dan mungkin akan ada anak perempuan nanti. macam mana kalau jadi dekat kita”

Dilantik Menjadi Duta Uphamol

Nabil ditemui Hangat.com di Redbox The Garden bagi sidang media perlantikan Nabil sebagai Duta Uphamol.Pda 23 Januari yang lalu, Nabil tampil dengan single terbaharu berjudul Pening. Menariknya, mengenai single ini Nabil membawakannya dengan imejnya sebagai seorang pelawak.

Baru sahaja dimuatnaik dalam masa 2 minggu, single Pening yang ditulis oleh Nabil sendiri dan WARIS siapa sangka ianya telah berjaya mencecah 1 juta tontonan di YouTube.  Ekoran kejayaan itu, Uphamol sebuah jenama ubat terkenal berminat untuk jadikan Nabil sebagai duta mereka kerana menganggap lagu ini relevan dengan produk mereka.


sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia