Home / Artikel / Muhammad Sajat terduduk! tindakan JPN buatkan beliau tak percaya

Muhammad Sajat terduduk! tindakan JPN buatkan beliau tak percaya

Muhammad Sajat terduduk! tindakan JPN buatkan beliau tak percaya | KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang permohonan dibuat usahawan kosmetik yang kini bergelar selebriti, Nur Sajat Kamaruzzaman, untuk mengubah status jantina pada kad pengenalan miliknya.

video reaksi sajat marah apabila ditanya solan bodoh dalam IG

Semakan JPN mendapati tiada permohonan dibuat Sajat seperti yang didakwa dilakukan usahawan berkenaan di Ibu Pejabat JPN di Putrajaya, Jumaat lalu.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya tidak menghalang individu yang mahu membuat permohonan menukar jantina mereka pada kad pengenalan, namun perkara itu akan diteliti terlebih dulu mengikut prosedur ditetapkan.

“Dalam proses permohonan penukaran jantina (pada kad pengenalan), ada beberapa aspek yang akan dilihat, iaitu dokumen kelahiran yang disahkan oleh doktor.

“Di dalam sijil kelahiran terdapat tiga kategori jantina yang diletakkan iaitu lelaki, perempuan dan diragui.

“Sekiranya jantina individu berkenaan (yang memohon menukar jantina pada kad pengenalan) disahkan oleh doktor sebagai kategori diragui, mereka boleh mengemukan permohonan untuk memilih salah satu jantina yang lebih dominan apabila sudah dewasa,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Mohammad Razin berkata, bagaimanapun pihaknya akan menolak permohonan daripada individu yang sudah disahkan jantinanya sejak dilahirkan oleh doktor seperti tertera pada sijil lahir.

“Sebelum ini, kami pernah menerima permohonan daripada individu yang mahu menukar jantina asal pada dokumen mereka, namun ditolak kerana perkara itu bertentangan dengan dasar JPN.

“Kalau dalam sijil lahir mereka, jantina adalah lelaki, maka kami tidak akan menerima permohonan individu berkenaan untuk menukar jantina sebagai perempuan dalam sebarang dokumen,” katanya.

Terdahulu Sajat dilaporkan enggan menjawab isu mendakwa dirinya ke Ibu Pejabat JPN di Putrajaya, baru-baru ini untuk mengubah status jantina pada kad pengenalan.

Sajat ketika dihubungi NSTP memaklumkan dia enggan menjawab sebarang soalan berkaitan hal terbabit.

Katanya, diam tidak bermakna dia melakukan perkara itu dan mengambil pendekatan berdiam diri dan menunggu saja.

Menurut Sajat, dia enggan mengambil pusing mengenai dakwaan terbabit kerana ada masalah yang lebih besar terpaksa ditanggungnya serta memohon diberikan privasi.

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia