Home / Artikel / “Mu Pergi Ambil Van Kat Kampung Serdang Dan Carilah Mayat Aku Situ!” Ayat Terakhir Sebelum Suami Gantung Diri

“Mu Pergi Ambil Van Kat Kampung Serdang Dan Carilah Mayat Aku Situ!” Ayat Terakhir Sebelum Suami Gantung Diri

“Mu Pergi Ambil Van Kat Kampung Serdang Dan Carilah Mayat Aku Situ!” Ayat Terakhir Sebelum Suami Gantung Diri

Akibat perang mulut, suami gantung diri di pokok! Allahuakbar, adakah ini salah satu tekanan dalam rumah tangga? Semakin hari, semakin menjadi-jadi isu bunuh diri, baik lelaki atau peempuan semuanya bertindak seolah-olah nyawa itu murah.

Terbaru, mayat lelaki berusia 34 tahun itu ditemui tergantung pada dahan pokok setinggi 10 meter pada 3.45 petang di kawasan hutan dekat Kampung Serdang, Dungun. Si isteri yang berusia 31 tahun, meluahkan rasa terkejut sebab tak sangka suaminya sanggup bertindak sedemikian rupa.

“Saya ingat dia main-main, tak sangka perbalahan kecil sampai dia bertindak sebegitu,” luah wanita itu.

Wanita bersatus isteri itu mengakui, sebelum kejadian bunuh diri ini berlaku mereka memang ada bergaduh mulut berhubung masalah rumah tangga pada 5.30 petang, 21 Jun lalu.

Tetapi tak sangka pula selepas pergaduhan itu, suaminya keluar dari rumah dengan memandu van milikya.

“Sebelum keluar, suami ada berpesan kepada saya, ‘mu pergi ambil van kat Kampung Serdang dan mu carilah mayat aku di kawasan tu’.

“Saya ingat dia bergurau sehinggalah pada 10 pagi 26 Jun, saya terima panggilan telefon daripada seorang rakan yang memaklumkan menemui van milik suami di situ,” katanya.

Sejam selepas itu, si isteri pergi ke kawasan berkenaan dan hanya menemui van suaminya.

Menurutnya, dia mencari di kawasan sekitar, namun tidak menemui suaminya, sebaliknya hanya menemui kad nikah mereka dan kad pengenalan suami sebelum pulang ke rumah.

Dengan perasaan bimbang, dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pada 9 pagi hari semalam.

Jumpa Mayat Gantung Diri

Bertindak atas laporan, sepasukan empat anggota dan pegawai diketuai Asisten Superintendan Kamarul Mohamed Salleh melakukan siasatan di sekitar kawasan terbabit pada 3 petang.

Anggota polis yang mengesan bau busuk di situ melancarkan gerakan mencari dan ternampak sehelai kain tuala digantung mangsa sebagai penanda mayatnya ada di situ.

Berpandukan tuala terbabit, anggota polis meredah kawasan hutan itu dan akhirnya menemui mangsa yang hanya memakai seluar jean berwarna hitam tergantung di dahan pokok terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, Saifuddin Muhammad berkata, sepasukan enam anggota dipanggil ke lokasi kejadian untuk menurunkan mayat mangsa.

Kemudian anggota bomba menggunakan tangga dan mayat dibawa turun pada 6.25 petang.

Mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun. Siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia