Home / Artikel / Makasiat Dengan Anak Najib! Ini Pengakuan Pelakon Taiwan Ketika Bersama Anak Najib

Makasiat Dengan Anak Najib! Ini Pengakuan Pelakon Taiwan Ketika Bersama Anak Najib

PELAKON jelita Taiwan, Celia Zhang mengakui bertemu dengan Mohd Nazifuddin Najib pada Khamis tetapi tidak menerima sebarang wang daripada anak bekas perdana menteri itu.

Zhang juga bertanggungjawab membayar bil makanan dan minuman mereka semasa pertemuan di Taipei itu, kata pelakon berusia 34 tahun tersebut di Facebook.

“Saya tidak ambil sebarang wang atau apa-apa hadiah daripadanya, sebaliknya saya belanja beliau makan sebagai tuan rumah,” kata Zhang dalam bahasa Mandarin.

Sementara itu, portal tabloid Taiwan, Apple Daily menyebut, Zhang turut menafikan beliau bermalam bersama Nazifuddin pada malam tersebut.

Zhang mendakwa pulang dengan menaiki teksi selepas meluangkan masa dengan Nazifuddin di sebuah bar di hotel tempat anak Najib Razak itu menginap, lapor Apple Daily.

Nazifuddin dilaporkan berada di Taipei dan bertemu jelitawan tersebut sehari selepas bapanya didakwa di mahkamah atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa.

Ketika Najib dituduh di mahkamah pada hari Rabu, Nazifuddin turut hadir memberi sokongan. Pada hari itu, waris dan keluarga Najib bertanggungjawab membayar jaminan sebanyak RM500,0000.

Satu rakaman video yang menujukkan reaksi gembira pasangan tersebut turut dimuatkan di portal berkenaan.

Sementara itu di Malaysia, kumpulan penyokong menggerakkan rayuan kutipan derma membayar baki RM500,000 kepada mahkamah sebagai syarat jaminan Najib.

Bekas perdana menteri itu Rabu lalu mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahguna kuasa berkaitan SRC International. – 7 Julai, 2018.

SEBELUM INI TULAR VIDEO ANAK NAJIB DIKATAKAN MINUM WINE BERSAMA PELAKON TAIWAN YANG CANTIK

Menurut satu laporan dari portal berita Apple Daily di Taiwan, anak lelaki Datuk Seri Najib Razak dilihat sedang asyik makan dan minum wain dengan seorang pelakon popular di Taiwan sehari selepas bapanya didakwa di Mahkamah pada Selasa lepas.

Laporan itu mendakwa Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib terakam dalam kamera saat sedang makan malam dan berbual mesra dengan seorang pelakon yang dikenali sebagai Celia Zhang. Makan malam romantik itu diadakan di sebuah restoran steak di pusat membeli-belah Breeze Xinyi berhampiran menara ikonik Taiwan Taipei 101.

Portal itu berkata kedua-duanya dilihat minum segelas wain merah dalam suasana santai yang berlangsung selama tiga jam. Turut dinyatakan dalam laporan sama, dua botol wain merah dibuka pada malam itu.

Pasangan ini kemudiannya dilihat mengambil teksi ke salon urut, sebelum makan malam dan menghabiskan masa selama dua jam di bar.

Apple Daily mendakwa kedua-dua mereka kemudian menaiki teksi ke hotel Grand Hyatt sekitar jam 1 pagi.

Nazifuddin ada menulis satu catatan di Facebook pada jam 9.58 malam mengucapkan terima kasih semua orang yang telah sudi menghadirkan diri untuk memberi sokongan kepada bapanya dan pada masa yang sama dia sedang makan malam bersama aktres tersebut.

Laporan Apple Daily disertai klip video yang menunjukkan rakaman ringkas dan gambar kedua-duanya sedang seronok bersama-sama, juga melaporkan bahawa Nazifuddin dilihat bersama dengan pelakon itu selepas dia turun dari pesawat dalam perjalanannya ke Taiwan semalam.

Dalam laporan berasingan oleh Apple Daily, pelakon itu yang berusia 34 tahun merupakan bekas model keturunan Cina-Vietnam yang kini menjadi pelakon dan telah berada di industri hiburan selama empat tahun.sumber-helangmerah.com

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.