Home / Artikel / Mission Impossible: Fallout Tampilkan Aksi Berani Mati Tom Cruise!

Mission Impossible: Fallout Tampilkan Aksi Berani Mati Tom Cruise!

Filem Mission Impossible (MI) tidak dinafikan punyai pengikutnya tersendiri sejak mula diperkenalkan lagi. Malah MI juga merupakan antara filem aksi yang masih mengekalkan hero utamanya.

Fallout Dedah Rahsia Tom Cruise


Berbanding MI terdahulu, menerusi Fallout boleh dikatakan pamerkan 110% aksi yang luar biasa dari Tom Cruise. Ketepikan jangkaan lain kerana umum sudah mengetahui MI sememangnya dikategorikan sebagai filem penuh aksi malah ada kalanya membuatkan anda terpegun dengan kesan-kesan khas Fallout.

Namun begitu, tahukah anda sebenarnya aksi larian, terjunan dari kapal terbang adalah berdasarkan aksi sebenar pelakon yang berusia 56 tahun ini! Malah turut dikhabarkan buku lalinya patah ketika sedang melakukan aksi filem ini. Jadi, nasihat kami jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini kerana berkemungkinan besar Fallout adalah aksi terakhir Tom dalam MI.

Sinopsis Mission Impossible: Fallout


Dalam filem keenam Mission Impossible, Tom Cruise kembali sebagai Ejen Ethan bersama pasukan Impossible Mission Force (IMF).

Namun kali ini mereka turut bekerjasam dengan penjenayah CIA, August Walker bagi menghalang niat penjahat John Lark yang inggin menggunakan nuklear memusnahkan Vatican, Jerusalem dan Mekah. Melihatkan pada senjata itu telah hilang, Ethan dan pasukannya berusaha untuk merampas kembali senjata berkenaan sebelum jatuh ke tangan yang salah. Yang pasti, masa adalah kunci segala-galanya!

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia