Home / Artikel / Menteri Pertahanan Pun Kartun! Pakai (topi) Beret Pun Macam Kartun – Kata NAJIB!

Menteri Pertahanan Pun Kartun! Pakai (topi) Beret Pun Macam Kartun – Kata NAJIB!

Tumbuk bawah pusat dan tidak budiman – itu tanggapan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu terhadap komen Datuk Seri Najib Razak yang mempersendakannya baru-baru ini.Ditemui media di parlimen hari ini Mohamad berkata sebagai seorang anggota parlimen bekas perdana menteri itu sepatutnya membuat kenyataan itu di dalam Dewan Rakyat.

Disebabkan kritikan tersebut dibuat di luar, Mohamad berkata, beliau tidak akan melayannya.“Komen di luar saya tak mahu jawablah… saya nak jawab (kalau) komen dalam parlimen.“Kalau komen di luar, itu orang kata tumbuk di bawah pusatlah (pengecut). Macam tu tak gentleman-lah… marilah komen dalam ni,” katanya mencabar.

Anggota parlimen Kota Raja yang mesra disapa Mat Sabu itu berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Najib mempertikaikan kemampuannya menjadi menteri pertahanan.Kata Najib presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu dilihat lebih seperti bahan lawak sejak dilantik ke jawatan itu melalui pembentukan kabinet Pakatan Harapan.Portal FMT melaporkan, Najib – yang pernah menjadi menteri pertahanan selama 14 tahun – memberitahu hadirin dalam program BN di Sungai Kandis baru-baru ini bahawa Mohamad bukan tokoh yang layak diangkat menjadi menteri pertahanan.

“Menteri pertahanan pun kartun. Pakai (topi) beret pun macam kartun, naik kapal perang cakap nak buat kari ikan.“Awak ini menteri pertahanan, cakap pasal dasar pertahanan negara, jangan cakap nak buat kari ikan. Ini bukan taraf menteri pertahanan, ini joker, ini kartun,” Najib dilaporkan sebagai berkata.Mengulas lanjut, Mohamad berkata, terlalu awal untuk beliau membuat komen mengenai kemampuannya sebagai menteri pertahanan.

“Saya baru dua bulan jadi (menteri)… nak nilai seseorang yang dua bulan itu, belum tiba masanya.“Tumpuan saya pada kementerian pertahanan, waktu saya habis masa saya di situ. Soal menilai tunggulah dan lihat,” katanya.Sumber: malaysiakini
“Mat Sabu menteri kartun!” – Najib

Menjelang pilihan raya kecil Sungai Kandis, macam-macamlah kempen yang dijalankan oleh tiap-tiap parti. Datuk Seri Najib Tun Razak pun tak terlepas daripada mengadakan kempen untuk pengikut-pengikutnya.Tapi yang tak syoknya bila Datuk Seri Najib memperlekehkan kredibiliti menteri kabinet Pakatan Harapan. Menurut mStar, yang jadi main target beliau ialah antara menteri favourite korang iaitu Menteri Pertahanan, Mat Sabu. Kenapa ni?

“Tapi Mat Sabu berdepan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, saya tak jamin. Saya tak jamin sebab dia akan cakap pasal ikan, kepala ikan. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat pusing kepala agaknya, mesti dia kata apa standard kita di Malaysia ni.”Datuk Seri Najib turut menyambung, “Pelik! Orang macam ni pun boleh jadi menteri.”

“Apa kurangnya kita ni tuan-tuan. Apa ni? Kartun, kartun! Menteri Pertahanan pun kartun. Pakai beret pun macam kartun.”“Naik kapal terbang, cakap nak buat kari ikan. Awak tu menteri pertahanan cakap pasal dasar pertahanan negaralah, jangan cakap nak buat kari ikan. Ini bukan taraf Menteri Pertahanan, ini joker je, ini kartun.”

Selain tu, Datuk Najib turut membidas pentadbiran Pakatan Harapan kerana didakwa menipu rakyat semasa kempen PRU-14 yang lepas. Pulakk?“Ada 3 ciri orang munafik, bila dia cakap, dia cakap bohong. Bila dia janji, dia mungkir janji. Bila dia pegang amanah, dia cuai amanah.”

“Masa kempen pilihan raya cakap negara bankrap tapi bila dah menang eh ekonomi negara kita kuat. Ini semua lakonan dia, tuduh saya macam-macam tapi tak ada bukti lagi tuan-tuan. Belum ada bukti, orang tak boleh dituduh malah saya telah dihukum di court of public opinion oleh mereka”

Kalau berkempen tak burukkan orang tak boleh ke? Ini ke dipanggil politik matang?Sumber: lobakmerah dan mstar
Dari Kulinari Ke Politik, Inilah Mat Sabu

Ekoran kemenangan HARAPAN pada PRU14, kepimpinan kabinet telah pun berubah daripada yang ada sebelum ini.

Antara yang mendapat perhatian rakyat dalam kabinet tersebut ialah Mat Sabu atau Haji Mohamad bin Sabu yang kini memegang jawatan Menteri Pertahanan Malaysia. Korang tau tak beliau sebelum ini mengambil jurusan lain? Dari kulinari ke politik, inilah Mat Sabu.

1. Tak takut nak perli Rosmah

Mat Sabu ni berani tau! Dalam ceramah-ceramah yang disampaikannya, beliau dengan selamba memerli isteri bekas PM yang ke-6 tu di khalayak ramai. Banyak video-video yang dah disebarkan di media sosial menunjukkan beberapa kali beliau tak lepas menyelitkan sindiran kepada Rosmah.

2. Pernah ambil jurusan kulinari dan lagi pandai memasak daripada Ahmad Maslan

Kalau selama ni kita sering disajikan dengan resipi daripada Ahmad Maslan, lepas ni kita mungkin dapat tengok chef sebenar pulak kongsi resipi bertauliah beliau sebab Mat Sabu ni adalah graduan Seni Kulinari dari UiTM. Tak sangka kan? Beliau pun pernah masak untuk dijamah oleh Tun M dan isterinya dulu. Katanya,Tun M tersenyum sampai balik lepas makan masakannya.

3. Mat Sabu dan Tun M suka bergurau sesama sendiri

Mat Sabu dan Tun M ni memang mesra bersama dan sering bergurau serta usik mengusik antara satu sama lain. Beliau juga memang sokong dan percaya dengan matlamat Tun M ni. So, tak hairanlah mereka berdua siap boleh menziarah satu sama lain di rumah masing-masing.

4. Pernah bertanding untuk parti PAS dan tubuhkan Parti Amanah Negara

Okay, serious talk sikit lah kan pasal menteri kita ni. Beliau dah terlibat dalam politik sejak tahun 1975 masa sertai ABIM dan kemudian sertai PAS pada tahun 1981. Kalau korang nak tau, Mat Sabu pernah bertanding dalam PRU tahun 1986 semasa masih bersama PAS menentang Anwar Ibrahim yang masa tu dalam Parti ABIM. Tapi time tu beliau kalah. Masa tahun 2015 pulak, beliau keluar PAS dan menubuhkan Parti Amanah Negara (AMANAH) bersama rakannya-rakannya.

5. Pernah ditahan semasa menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat

Tipulah kalau kata Mat Sabu tak pernah kena tangkap. Beliau pernah ditahan dua kali di bawah Akta ISA masa menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat.

a) Penahan pertama (1984 sehingga 1986)

Dituduh terlibat dalam gerakan pelampau
Terpaksa berdepan dengan penderaan siasatan selama 60 hari
Dibuang daerah ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan pergerakan terhad selama dua tahun.

b) Penahan kedua (1987 hingga 1989)

Ditahan bersama anggota pembangkang PAS dan DAP di bawah Operasi Lalang.
Dalam tahanan, beliau berkenalan dengan YAB Lim Guan Eng.

6. Mat Sabu pun ada side yang soft dan serious

Tun M pernah bagitahu, kalau sekali dengar Mat Sabu cakap, confirm akan tergelak sampai balik rumah. Tapi sebenarnya ada side menteri kita ni yang soft and serious yang kita jarang nampak.

Di dalam sebuah video, beliau memberitahu pernah menangis semasa dijatuhkan hukuman serta di saat dibebaskan dari penjara. Selain itu, dalam video yang sama, beliau dan Lim Guan Eng menceritakan kembali serta mengimbau kenangan mereka yang berkawan bukan kerana kepentingan politik. Awww…

Harapnya kepercayaan yang diberikan kepada Mat Sabu untuk menjadi Menteri Pertahanan Malaysia tidak akan disia-siakan. Lagi-lagi dengan rakyat yang senang dengan personaliti dan memberikan kepercayaan kepadanya.

Admin pun tergelak tengok video-video dia.

Sumber: lobakmerah-menujukebenaran.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia