Home / Artikel / Mayat gadis 18 tahun dicuri, untuk upacara ‘perkahwinan hantu’

Mayat gadis 18 tahun dicuri, untuk upacara ‘perkahwinan hantu’

Mayat gadis 18 tahun dicuri, keluarga syak dilarikan untuk upacara ‘perkahwinan hantu’

MAYAT seorang remaja dicuri dari kuburnya di China dan disyaki ia dilakukan untuk menjalankan ‘perkahwinan hantu’.

Dikenali sebagai ‘minghun’ atau ‘perkahwinan roh’, perkahwinan hantu Cina melihat mayat-mayat berkahwin dengan orang yang hidup dalam upacara yang dianggap membawa damai kepada orang mati dalam kehidupan akhirat.

Ia dilakukan terutamanya jika pengantin perempuan atau lelaki meninggal dunia secara tiba-tiba sebelum melangsungkan perkahwinan atau individu itu menghembuskan nafas terakhir ketika masih bujang.

Pada 2015, 14 mayat wanita dicuri di satu kampung di wilayah Shanxi, menurut BBC.

Sebuah keluarga dari kampung di China Utara percaya bahawa mayat saudara perempuan mereka yang meninggal dunia pada usia 18 tahun telah dicuri untuk majlis tersebut.

Gadis itu telah dikebumikan dalam satu upacara sederhana hampir dua dekad lalu.

Memetik laporan Mirror UK, mereka berkata, keranda mayat remaja perempuan itu tidak mengandungi apa-apa barangan berharga.

Di tapak kubur remaja itu, terdapat sepasang sarung tangan yang disyaki milik salah seorang penggali kubur telah ditemui dan kini menjadi sebahagian daripada bukti polis.

Keluarga mendedahkan orang yang tidak dikenali pernah melawat rumah mereka untuk membeli mayat remaja tersebut untuk dijadikan ‘pengantin mayat’ bagi mengadakan perkahwinan hantu.

Mereka bagaimanapun telah menolak tawaran itu.

Beijing Walaupun sudah hampir 70 tahun diharamkan, pihak berkuasa China hingga ke hari ini masih bergelut dalam usaha menangani kegiatan mencuri mayat untuk perkahwinan hantu.
Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan, kegiatan haram itu masih wujud di kawasan pendalaman, khususnya di bahagian utara negara tersebut.
Ia membabitkan usaha keluarga untuk mendapatkan mayat wanita bagi ditanam bersama mayat lelaki yang belum berkahwin, kononnya supaya lelaki berkenaan tidak kesunyian dalam kehidupan selepas mati.
Menurut laporan berkenaan, kepercayaan itu mendatangkan keuntungan besar kepada penjenayah yang bersedia mendapatkan mayat wanita, kadang kala hingga melakukan pembunuhan.
Mayat itu kemudian akan dijual kepada keluarga yang kematian anak bujang dan sanggup membayar ratusan ribu yuan untuk satu mayat.
Amalan perkahwinan hantu telah pun diharamkan secara rasmi oleh pihak kerajaan pusat pada 1949 lalu.
Di Hongtong, daerah di wilayah Shanxi yang didiami 760,000 penduduk, 27 mayat wanita dilapor dicuri sepanjang tiga tahun lalu.
Jumlah itu mungkin lebih tinggi kerana ada keluarga malu untuk melaporkan kehilangan mayat anggota keluarga mereka.
Menurut Xinhua, seorang lelaki bernama Ching Ming membelanjakan 180,000 yuan (RM116,000) untuk membeli mayat seorang wanita untuk dikahwinkan dengan anaknya yang sudah mati.

Dia terpaksa sentiasa menjaga kubur anaknya bagi memastikan mayat wanita itu tidak dicuri untuk dijual kepada pihak lain. Agensi

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia