Home / Artikel / “Luruh jantung, inilah pengasuh tu!”

“Luruh jantung, inilah pengasuh tu!”

Orang ramai masih lagi terkejut dan sedih dengan berita kematian bayi lima bulan, Adam Rayqal yang disorok dan disumbat ke dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah pengasuh.

Sejak itu, pengasuh tersebut telah ditahan dan gambarnya dah viral. Salah satu sebab adalah kerana suspek siap mengiklankan dirinya di media sosial untuk mencari anak asuhan sebelum ditahan, lapor mStar.

Kali ini ada seorang ibu tampil menceritakan pengalamannya hampir menjadikan suspek sebagai pengasuh untuk anak-anaknya sementara dia dalam pantang.

Menceritakan pengalamannya di Facebook, wanita tersebut memberitahu bahawa dia sudah booking bagi menghantar anak-anaknya kepada pengasuh berkenaan dan sepatutnya sesi itu bermula pada hari Isnin 2 Julai. Katanya,

Walau bagaimanapun, pengasuh tersebut telah cancel pada saat-saat akhir dan wanita ini terpaksa menjaga ketiga-tiga anaknya semasa dalam pantang sementara mendapatkan pengasuh yang baru.

Apabila berita kematian bayi Adam Rayqal viral diperlakukan sebegitu oleh pengasuhnya, wanita ini terkejut dan bersyukur kerana pengasuh itu menolak untuk menjaga anak-anaknya pada saat akhir, sekaligus anak-anaknya terselamat daripada perbuatan kejam pengasuh berkenaan.

Ibu itu juga sempat menyelitkan kata-kata semangat dan simpati kepada apa yang menimpa kepada ibu bapa arwah.

Orang ramai yang melihat posting ini masing-masing memanjatkan kesyukuran kepada ibu ini dan mengatakan perancangan Allah itu hebat.

Dalam masa yang sama, ramai jugak yang kecam wanita ini kerana menganggap penulisannya tidak sensitif dengan apa yang terjadi kepada ibu bapa dan keluarga Adam Rayqal.

Aduhhh… Susah nak percaya pengasuh sekarang.

Comments

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia