Home / Artikel / Luahan Sedih Dari Yana Najib Minta Bantuan Kewangan Untuk Ringankan Beban Keluarga

Luahan Sedih Dari Yana Najib Minta Bantuan Kewangan Untuk Ringankan Beban Keluarga

Dalam satu posting di Facebook, anak bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa meminta sumbangan orang ramai untuk bantu ringankan beban kewangan Dato’ Seri Najib dan keluarganya.

Yelah, dah banyak pengorbanan dan usaha dilakukan oleh bapanya. Jadi apa salahnya sumbang sedikit bantuan bagi mengenang jasa beliau, kan?

Tabung Solidariti DSN & Keluarga 2.0

Menurut Yana, Tabung Solidari 2.0 DSN ini fungsinya untuk ringankan beban kewangan keluarga bagi urusan perbelanjaan kos guaman dan ikat jamin yang dianggarkan dah mencecah sekitar RM7 juta.

Sumber: Facebook

Selain daripada tu, tabung ni pun katanya akan digunakan untuk membela nasib aktivis-aktivis lain yang ditindas oleh kerajaan sebab kelantangan diorang mengkritik kerajaan.

Dengan adanya tabung ni, sekurang-kurangnya aktivis lain juga akan berani dan terus bersuara mengkritik kerajaan demi prinsip ‘semak dan imbang’ demi demokrasi negara, kata Yana lagi.

Sumber: Instagram

“Secara jujurnya, kami mengalami tekanan kewangan”

Ayahnya pun bersetuju seperti disebut dalam akaun Facebooknya pula.

Tabung ni dikatakan adalah satu kerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan, Gerakan Belia Sejagat.

Sumber: FMT
Sumber: Facebook

Kata Najib, dah banyak bantuan diperoleh daripada sahabat terdekat dan saudara-mara tapi kalau boleh tak naklah bebankan diorang lagi.

Dato’ Seri Najib menghadapi 25 pertuduhan di mahkamah membabitkan isu salahguna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Sementara isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pula didakwa atas 12 pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal membuat penyata tuntutan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jadi kalau korang rasa nak berikan sumbangan dan ringankan beban Dato’ Seri, bolehlah salurkan sedikit wang ke akaun disebut dalam posting tu.

Tak ada paksaan tau, semua sumbangan adalah secara sukarela.sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia