Home / Artikel / Luahan Najib Apabila Dihina & Dibenci Pemimpin UMNO

Luahan Najib Apabila Dihina & Dibenci Pemimpin UMNO

Luahan Najib apabila dihina & dibenci Ahli UMNO  | PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Umno tidak perlu mempertahankan dirinya daripada serangan pihak lawan kerana dia tidak bersalah.

Luahan Najib apabila dihina & dibenci Ahli UMNO

Najib yakin dapat mempertahankan diri dalam perbicaraan yang adil. Bekas presiden Umno ini berdepan 7 pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram di mahkamah.

“Kesalahan saya hanyalah kerana melakukan yang terbaik demi rakyat, negara dan parti saya. Segala tuduhan dan fitnah adalah terhadap saya dan bukan Umno.

“Sebagai perdana menteri dan presiden BN pada masa itu, saya menjadi sasaran pihak lawan yang membuat pelbagai serangan fitnah terhadap saya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Najib menjawab perbincangan dalam kalangan pimpinan Umno tentang penglibatannya dalam kempen pilihan raya kecil.

Ketua Umno Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani bimbang kehadirannya akan memberi memberi kesan pada persepsi pengundi, manakala Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli kepada bakti Najib.

Najib menjelaskan tujuannya turun ke DUN Sungai Kandis pada pilihan raya kecil lalu hanyalah untuk menunaikan hasrat calon, Datuk Lokman Noor Adam.

“Saya tidak berhasrat menjadi presiden Umno lagi. Kepimpinan Umno baharu perlu diberikan kepercayaan dan ruang,” katanya.

Najib selaku ketua Umno dan Ahli Parlimen Pekan akan terus bersuara dalam isu rakyat dan negara, kerana mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerajaan lalu.

“Saya berhak menggunakan kebebasan bersuara saya dan berhak mempertahankan diri saya jika timbul lagi sebarang tuduhan dibuat terhadap saya atau kerajaan BN lalu,” katanya.

Najib menjadi menteri besar Pahang pada 1982-1986 dan memegang pelbagai jawatan Kabinet persekutuan selepas itu.dalam masa yang sama Lokman Adam juga turut pertahankan Najib dari terus dihina

Lokman Adam: Najib berhak berkempen, pertahan diri daripada fitnah

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam berkata Datuk Seri Najib Razak berhak mempertahankan dirinya daripada menjadi mangsa fitnah, termasuk berkempen bagi membantu calon dalam pilihan raya kecil (PRK).

Beliau berkata semua rakyat berhak bersuara, berhimpun, melibatkan diri dalam mana-mana parti politik dan berhak mempertahankan diri.

“Apatah lagi Datuk Seri Najib merupakan seorang ahli parlimen, merupakan seorang ketua bahagian, merupakan bekas perdana menteri.

“Orang kata kehadiran Datuk Seri Najib di Sungai Kandis menjejaskan peluang Umno menang, saya nak sebut beliau adalah mangsa fitnah, mangsa persepsi buruk dibuat pembangkang (dulu).

“Datuk Seri Najib mempunyai hak untuk menjawab segala tindakan fitnah ke atas diri beliau dan beliau berhak membantu mana-mana calon yang bertanding sekiranya dipersetujui calon itu sendiri,” katanya.

Lokman berkata beliau mengalu-alukan penglibatkan Najib dan rela kalah untuk pertahan orang difitnah, daripada menang kerana memfitnah pihak yang teraniayai.

Sebelum ini, Ketua Umno Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani mempersoalkan keputusan parti menurunkan Najib untuk berkempen di Sungai Kandis dalam PRK baru-baru ini.

Johari berkata Umno mungkin perlu merehatkan Najib pada pilihan raya kecil akan datang memandangkan bekas perdana menteri itu berdepan perbicaraan kes salah guna kuasa dan pecah amanah berkaitan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Hari ini, Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa pula menyifatkan Najib, yang kini berdepan 7 pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, sebagai “beban” yang tidak lagi boleh dipikul Umno.

Annuar berkata parti itu tidak boleh lagi membuang masa mempertahankan Najib.

Mengulas lanjut, Lokman berkata beliau yakin kenyataan Annuar itu bukan dari pandangan setiausaha agung Umno terbabit.

Beliau menambah, setiap individu dan ahli Umno mempunyai hak mempertahankan pemimpin yang menjadi mangsa fitnah.

“Walaupun sekarang Datuk Seri Najib tidak jadi presiden Umno, tapi sekarang fitnah dihala kepada kepada Datuk Seri Zahid Hamidi pula.

“Siapa juga kita tukar tidak boleh lari dari fitnah, kalau hari ini Umno ambil sikap setiap kali pemimpin difitnah kita tukar, kita tidak pertahan, jahanam Umno macam ini, kalau difitnah setiap minggu, setiap bulan kita kena tukar pemimpin,” katanya.

Lokman turut memberi contoh semasa Najib menjadi perdana menteri beliau memberi ruang secukupnya kepada semua pihak untuk mendapat keadilan dan membela diri.

“Sebagai contoh kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita lihat kerajaan dahulu tidak pernah mendesak supaya kes itu diselesaikan segera, Anwar diberi peluang untuk tunda kes beliau 65 kali.”

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia