Home / Artikel / Lelaki pecah masuk samun & rogol gadis dalam bilik sewa

Lelaki pecah masuk samun & rogol gadis dalam bilik sewa

LELAKI dipercayai terbabit dalam kes samun dan rogol sebelum ini ditahan polis di hadapan kedai serbaneka di Taman Tunku, Miri, semalam.

Suspek berusia lingkungan 30-an ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Miri pada 4.30 petang selepas risikan sejak beberapa hari lalu.

Menurut sumber, suspek dipercayai terbabit dalam kes samun dan rogol gadis berusia 24 tahun di bilik sewa di Miri, 22 Disember lalu.

Sumber berkata, suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

“Polis turut merampas sehelai baju dipercayai digunakan suspek ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Sebelum ini, mangsa mendakwa bilik sewanya diceroboh kira-kira 3 pagi oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika sedang tidur sebelum dirogol dan pelbagai barangan berharga dilarikan.

“Mangsa yang ketakutan hanya mendiamkan diri apabila suspek mengancam untuk mencederakannnya menggunakan senjata tajam sekiranya menjerit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

KES PECAH RUMAH DAN R*GOL BUKANLAH KALI PERTAMA BERLAKU MALAHAN PERNAH BERLAKU SEBELUM INI IKUTI KEJADIAN YANG SAMA PERNAH  BERLAKU DI JOHOR

Lelaki terlibat kes samun, rogol ditahan

JOHOR BAHRU 8 Okt. – Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun, rogol serta empat kes pecah rumah di Kluang dan Pontian ditahan di Seri Alam, Khamis lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. (gambar) berkata, lelaki ber­usia 24 tahun berasal dari Batu Pahat itu turut dipercayai terlibat dalam cubaan merogol di Seri Alam.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan polis berkaitan kes samun serta rogol yang berlaku di Kluang dan Pontian membabitkan mangsa berusia 22 dan 33 tahun.

“Hasil risikan dan maklumat yang diterima, unit D9 Jabatan Siasatan Jenayah menahan seorang lelaki kira-kira pukul 1.30 petang, Khamis lalu.

“Dengan tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan tujuh kes iaitu dua kes samun dan rogol, cubaan rogol, serta empat kes pecah rumah di Seri Alam, Pontian dan Kluang,” kata­nya dalam satu ke­nyataan di sini semalam.

Mohd. Khalil memberitahu, suspek yang positif dadah jenis me­thamphetamin mempu­nyai tiga rekod kesalahan lampau termasuk tangkapan dadah.

Dalam tangkapan berlainan, seramai 25 warga Indonesia berumur lingkungan 24 hingga 46 tahun ditahan dalam operasi cegah jenayah Samun Rantau, semalam.

“Tiga daripada tangkapan ter­babit dipercayai terlibat da­lam kes samun di sekitar da­erah Iskandar Puteri dan Johor Bahru Utara.

“Tangkapan selain daripada kes samun terbabit ditahan untuk tindakan selanjutnya di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia