Home / Artikel / Kisah Sebenar Lelaki Hampir Hanyut Dalam Sungai Gombak. Apa Lelaki Itu Buat Sebenarnya Sebelum Hanyut

Kisah Sebenar Lelaki Hampir Hanyut Dalam Sungai Gombak. Apa Lelaki Itu Buat Sebenarnya Sebelum Hanyut

LELAKI warga Bangladesh bernasib baik apabila diselamatkan bomba dan orang awam ketika dihanyutkan air di Sungai Gombak, dekat pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian 4 petang itu, mangsa berada di tebing sungai dan sedang melakukan kerja penyelenggaraan sebelum dibawa kepala air sebelum hanyut kira-kira 300 meter.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Fadil Hesam Mohamed berkata, pihaknya menggunakan tali untuk menarik mangsa ke tepi sungai sebelum dibawa naik dengan bantuan orang awam yang berada di lokasi.

“Daripada maklumat kami terima, sebelum kejadian, mangsa iaitu seorang lelaki warga Bangladesh berada di platform di tepi sungai berkenaan dan sedang melakukan kerja penyelenggaraan.

Bagaimanapun, dia dihanyutkan air sungai yang menerjah secara tiba-tiba dan hanyut sejauh kira-kira 300 meter. Kawan mangsa yang berada di tepi tebing mengikut pergerakan mangsa dari darat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, bomba menarik mangsa berusia 30-an itu menggunakan tali ke tebing dengan bantuan orang awam.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Mangsa selamat dibawa naik dan dibawa ke HKL. Kami mengucap ribuan terima kasih kepada orang awam yang berada di lokasi dan membantu pihak bomba,” katanya.

Aksi menyelamatkan Pemancing yang hampir lemas dihanyut arus air yang naik mendadak akibat hujan di sungai Klang petang tadi

Lokasi : Belakang sogo KL.

sumber: kl viral

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia