Home / Artikel / Kisah Jijik Dr Jan Karbaat : Doktor Yang Hamilkan 49 Orang Pesakit Sendiri Secara Rahsia

Kisah Jijik Dr Jan Karbaat : Doktor Yang Hamilkan 49 Orang Pesakit Sendiri Secara Rahsia

In Vitro Fertilization (IVF) atau Persenyawaan In Vitro merujuk kepada prosedur yang dijalankan bagi membantu pasangan mendapatkan zuriat melalui persenyawaan di luar tubuh badan sebelum dipindahkan semula ke dalam rahim.

Bukan semua orang melakukan IVF sebaliknya ia untuk membantu pasangan yang mengalami masalah kesuburan bagi mendapatkan zuriat.

Namun apa yang dilakukan seorang doktor di pusat IVF di Belanda merupakan sesuatu yang di luar jangka dan boleh dikatakan melampau.

Doktor di pusat IVF guna sperma sendiri hamilkan 49 pesakit”

Kejadian dahsyat yang berlaku Rotterdam, Belanda ni menyaksikan seorang doktor di Pusat IVF didakwa secara haram telah menggunakan spermanya sendiri untuk menghamilkan pesakit-pesakitnya.

Malah dia didakwa kini merupakan bapa kepada 49 orang anak hasil kerja terkutuknya itu..bapak keji perangai!

Pelaku, Dr Jan Karbaat bagaimanapun dilaporkan telah meninggal dunia pada 2 tahun lalu.

Apa yang lebih mengejutkan ialah tiada seorang pun daripada pesakit-pesakitnya itu sedar yang Dr Jan telah menggunakan spermanya sendiri dalam setiap proses persenyawaan yang dilakukan di kliniknya.

Penipuan besar-besaran ini bagaimanapun dinafikan Dr Jan namun ia terbongkar selepas ujian DNA yang diumumkan oleh Mahkamah Belanda kepada umum.

Disusuli dengan perbalahan undang-undang selama 2 tahun oleh anak-anak Dr Jan yang kebanyakannya berusia 30-an selepas mengesyaki yang dorang ada pertalian terutama sekali selepas tengok banyak persamaan dari segi fizikal.

Anak-anak Dr Jan Karbaat

Selepas kematian Dr Jan pada April 2017, barang-barang berkaitan kes tersebut dirampas dari rumahnya dan DNA yang digunakan untuk ujian tersebut diekstrak daripada berus gigi miliknya.

Hasil daripada rampasan dan ujian tersebut membuktikan yang Dr Jan Karbaat merupakan bapa sah kepada 49 orang anak, namun mahkamah tidak menolak kemungkinan jumlah itu lebih ramai.

Klinik Dr Jan telah ditutup pada 2009 selepas beroperasi selama beberapa dekad meskipun sedang berhadapan pertuduhan pemalsuan data dan penipuan ujian IVF.

Aishh suka-suka je guna sperma sendiri!

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia