Home / Artikel / Kisah Benar! Gadis Ini Sanggup Jual Badan Pada Puluhan Lelaki Setiap Hari

Kisah Benar! Gadis Ini Sanggup Jual Badan Pada Puluhan Lelaki Setiap Hari

BAGI Melly, 35, aktiviti hitamnya bukan untuk penyedap semata-mata.Sebaliknya kerana terpaksa bagi mencari sumber pendapatan.

Mengakui perkara itu salah, Melly berkata dia tiada jalan lain meraih pendapatan kerana diskriminasi terhadap golongan sepertinya.

“Awak ingat I (saya) gembira ke jumpa orang yang bermacam-macam setiap hari?.

“I percaya tiada siapa mahu kerja seperti ini. Kami terdesak untuk mencari pendapatan,” katanya.

Menyambut baik apa yang akan dilakukan oleh kerajaan, Melly mengharapkan ia satu lembaran baharu buat dirinya.Dia juga mengharapkan apa yang diperkatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa itu bukan sekadar rancangan semata-mata.

“Bagi I, ia satu cadangan yang baik. I tiada masalah dan pastinya tidak ada sesiapa pun yang tidak mahu benda yang baik,” katanya

KISAH KEDUA SANGGUP JUAL BADAN UNTUK SARA KELUARGA

Saya Terpaksa Jual Tubuh Untuk Mencari Sesuap Nasi Menyara Anak-Anak Yang Kecil – Mak Yam

Pengakuan yang hendak dikongsi bersama ini pernah diluahkan oleh seorang ibu pertengahan umur yang ditemu bual beberapa tahun lalu. Dalam keadaan sebak dia meluahkan rasa kesal dibiarkan anak terumbang-ambing sendirian di tengah kota biarpun dia tahu keinginan ibunya ingin keluar dari kancah maksiat.

Temu bual itu dilakukan di sebuah pusat wanita yang menyelamatkan wanita dan anak-anak gelandangan di ibu kota.

Mak Yam, panggilan untuk ibu ini merupakan gelandangan yang menyara kehidupan dirinya dan anak-anak hasil daripada duit pelacuran. Wanita ini terlibat dalam kancah maksiat sebagai pelacur sejak berusia awal 20-an.

“Mak Yam dilahirkan dalam keluarga yang miskin serta terlibat dalam keruntuhan rumah tangga. Mak Yam terpaksa memperjudi diri sebagai seorang pelacur untuk mencari sesuap nasi apabila ditinggalkan suami tanpa khabar berita.

“Pernikahan Mak Yam yang tidak mendapat restu menyebabkan keluarga tidak mahu masuk campur urusan rumah tangga Mak Yam.

“Apatah lagi hubungan Mak Yam hanya bersandarkan kepada adik-beradik sahaja kerana kedua-dua ibu bapa sudah tiada. Akhirnya sebagai jalan mudah untuk mencari rezeki, Mak Yam terjebak di sarang pelacuran.

“Ketika itu usia Mak Yam masih muda. Anak lelaki tunggal Mak Yam, diletakkan di rumah jiran ketika Mak Yam keluar ‘bekerja’ mencari pelanggan.

“Selepas itu Mak Yam turut memelihara dua orang anak angkat, iaitu anak-anak yang tidak ketahuan status sah taraf mereka. Mak Yam mengambil anak angkat inipun kerana simpati dengan nasib mereka yang tidak keruan kerana ditinggalkan ibu.

“Kehadiran dua orang anak angkat ini menyebabkan Mak Yam terpaksa bekerja keras untuk mencari sesuap nasi.

“Siapa yang tidak jijik dan hina dengan pekerjaan yang dilakukan, tetapi buat masa itu bagi Mak Yam itu sahaja satu-satunya cara yang boleh dilakukan untuk menyara kehidupan,” katanya.

Hari berganti hari tidak disedari Mak Yam, anak-anaknya telah membesar.

Anak lelaki tunggal Mak Yam sudah pun pandai berbahas dan bertanya kepada ibunya mengenai pekerjaan wanita itu.

Entah bagaimana anaknya itu dapat tahu pekerjaan Mak Yam dan kemudian bertindak melarikan diri dari rumah.

“Lama juga Mak Yam mencari dan menunggu anak lelaki saya itu kembali. Mak Yam tahu dia malu dengan ibunya ini. Malah selama ini pun dia sebenarnya tidak bersetuju dengan apa yang Mak Yam lakukan cuma dia tidak menyuarakannya. Tetapi setelah dia mempunyai fikiran dan mula cerdik, Mak Yam sendiri tidak boleh sembunyikan apa-apa daripadanya.

“Tetapi apakan daya hanya itu yang termampu untuk memberikan makan, pakai dan menyekolahkan dia.

“Beberapa minggu kemudian, dia kembali kepada Mak Yam.

“Namun perangainya berubah. Dia langsung tidak mempedulikan ibunya ini dan enggan bercakap. Dia akhirnya memberitahu ingin tinggal di rumah sebuah keluarga yang dianggap sebagai keluarga angkatnya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju dan kemudian terus keluar rumah.

“Mak Yam reda dengan apa yang berlaku. Kalau itu yang terbaik untuk masa depannya, Mak Yam relakan. Tambahan Mak Yam tahu sekiranya dia bersama ibunya ini mesti kehidupannya tidak menentu. Jadi demi kejayaan, dirinya Mak Yam lepaskan.

“Selepas keluar dari rumah, anak lelaki Mak Yam itu tidak balik-balik lagi.

“Tetapi ada juga dia beberapa kali menghantar mesej kepada adik-adik angkatnya memberitahu keadaannya yang selama ini dijaga dengan baik oleh keluarga angkatnya,” kata Mak Yam.

Biarpun mengakui amat merindui anak lelakinya itu, namun apabila mendengar cerita yang disampaikan menerusi adik-adiknya, Mak Yam sendiri berasa sangat gembira kerana anaknya itu memilih jalan yang betul. Akhir berita yang wanita itu dengar, anaknya itu memasuki akademi kepolisian ketika umurnya remaja.Mak Yam bersyukur kerana anaknya menjadi manusia yang berguna.

Kesedihan terus mendatangi Mak Yam apabila anak-anak angkatnya turut keluar dari rumah dan menyertai keluarga kandung mereka tidak lama selepas itu,” katanya.

Begitulah nasib. Akhirnya wanita itu tinggal sendiri juga. Tapi Mak Yam pasrah dan reda. Biarpun umur sudah menginjak ke usia pertengahan 40-an, tetapi masih juga tinggal di jalanan seperti itu.

“Tetapi apa yang peliknya, biarpun anak Mak Yam sudah bekerja, namun dia tidak pernah langsung menjenguk, mahupun mengambil ibunya yang sudah tua ini untuk keluar dari jalan yang hina ini.

“Jijik sangat rupanya dengan Mak Yam sampai langsung dia tidak endah, sedangkan dia tahu jika ingin bantu ibunya keluar dari jalan yang sesat ini, dia sendiri boleh membawanya keluar.

“Satu hari, dalam operasi pencegahan maksiat yang dilakukan di ibu kota, Mak Yam sendiri dengan rela hati memberi ‘kerjasama’ untuk ditahan dalam operasi berkenaan. Mak Yam fikir sudah sampai masanya keluar dari kancah maksiat ini.

“Sedihnya, hanya dari jauh, Mak Yam melihat anak lelaki sendiri melihat ibunya ditahan dan dibawa masuk ke dalam van dan dibawa ke balai polis.

“Sedikitpun dia tidak mengendahkan, menyapa mahupun melemparkan senyuman, biarpun dia mengenali ibunya,” katanya.

Biarpun kejadian itu amat mengguris hati, tetapi Mak Yam reda. Biarlah anaknya itu tidak menghargai dirinya sebagai ibu kandung kerana malu, namun Mak Yam tetap selalu mendoakan anaknya itu agar sentiasa diberkati Tuhan sepanjang waktu.

Pengakuan yang hendak dikongsi bersama ini pernah diluahkan oleh seorang ibu pertengahan umur yang ditemu bual beberapa tahun lalu. Dalam keadaan sebak dia meluahkan rasa kesal dibiarkan anak terumbang-ambing sendirian di tengah kota biarpun dia tahu keinginan ibunya ingin keluar dari kancah maksiat.

Temu bual itu dilakukan di sebuah pusat wanita yang menyelamatkan wanita dan anak-anak gelandangan di ibu kota.

Mak Yam, panggilan untuk ibu ini merupakan gelandangan yang menyara kehidupan dirinya dan anak-anak hasil daripada duit pelacuran. Wanita ini terlibat dalam kancah maksiat sebagai pelacur sejak berusia awal 20-an.

“Mak Yam dilahirkan dalam keluarga yang miskin serta terlibat dalam keruntuhan rumah tangga. Mak Yam terpaksa memperjudi diri sebagai seorang pelacur untuk mencari sesuap nasi apabila ditinggalkan suami tanpa khabar berita.

“Pernikahan Mak Yam yang tidak mendapat restu menyebabkan keluarga tidak mahu masuk campur urusan rumah tangga Mak Yam.

“Apatah lagi hubungan Mak Yam hanya bersandarkan kepada adik-beradik sahaja kerana kedua-dua ibu bapa sudah tiada. Akhirnya sebagai jalan mudah untuk mencari rezeki, Mak Yam terjebak di sarang pelacuran.

“Ketika itu usia Mak Yam masih muda. Anak lelaki tunggal Mak Yam, diletakkan di rumah jiran ketika Mak Yam keluar ‘bekerja’ mencari pelanggan.

“Selepas itu Mak Yam turut memelihara dua orang anak angkat, iaitu anak-anak yang tidak ketahuan status sah taraf mereka. Mak Yam mengambil anak angkat inipun kerana simpati dengan nasib mereka yang tidak keruan kerana ditinggalkan ibu.

“Kehadiran dua orang anak angkat ini menyebabkan Mak Yam terpaksa bekerja keras untuk mencari sesuap nasi.

“Siapa yang tidak jijik dan hina dengan pekerjaan yang dilakukan, tetapi buat masa itu bagi Mak Yam itu sahaja satu-satunya cara yang boleh dilakukan untuk menyara kehidupan,” katanya.

Hari berganti hari tidak disedari Mak Yam, anak-anaknya telah membesar.

Anak lelaki tunggal Mak Yam sudah pun pandai berbahas dan bertanya kepada ibunya mengenai pekerjaan wanita itu.

Entah bagaimana anaknya itu dapat tahu pekerjaan Mak Yam dan kemudian bertindak melarikan diri dari rumah.

“Lama juga Mak Yam mencari dan menunggu anak lelaki saya itu kembali. Mak Yam tahu dia malu dengan ibunya ini. Malah selama ini pun dia sebenarnya tidak bersetuju dengan apa yang Mak Yam lakukan cuma dia tidak menyuarakannya. Tetapi setelah dia mempunyai fikiran dan mula cerdik, Mak Yam sendiri tidak boleh sembunyikan apa-apa daripadanya.

“Tetapi apakan daya hanya itu yang termampu untuk memberikan makan, pakai dan menyekolahkan dia.

“Beberapa minggu kemudian, dia kembali kepada Mak Yam.

“Namun perangainya berubah. Dia langsung tidak mempedulikan ibunya ini dan enggan bercakap. Dia akhirnya memberitahu ingin tinggal di rumah sebuah keluarga yang dianggap sebagai keluarga angkatnya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju dan kemudian terus keluar rumah.

“Mak Yam reda dengan apa yang berlaku. Kalau itu yang terbaik untuk masa depannya, Mak Yam relakan. Tambahan Mak Yam tahu sekiranya dia bersama ibunya ini mesti kehidupannya tidak menentu. Jadi demi kejayaan, dirinya Mak Yam lepaskan.

“Selepas keluar dari rumah, anak lelaki Mak Yam itu tidak balik-balik lagi.

“Tetapi ada juga dia beberapa kali menghantar mesej kepada adik-adik angkatnya memberitahu keadaannya yang selama ini dijaga dengan baik oleh keluarga angkatnya,” kata Mak Yam.

Biarpun mengakui amat merindui anak lelakinya itu, namun apabila mendengar cerita yang disampaikan menerusi adik-adiknya, Mak Yam sendiri berasa sangat gembira kerana anaknya itu memilih jalan yang betul. Akhir berita yang wanita itu dengar, anaknya itu memasuki akademi kepolisian ketika umurnya remaja.
Mak Yam bersyukur kerana anaknya menjadi manusia yang berguna.

Kesedihan terus mendatangi Mak Yam apabila anak-anak angkatnya turut keluar dari rumah dan menyertai keluarga kandung mereka tidak lama selepas itu,” katanya.

Begitulah nasib. Akhirnya wanita itu tinggal sendiri juga. Tapi Mak Yam pasrah dan reda. Biarpun umur sudah menginjak ke usia pertengahan 40-an, tetapi masih juga tinggal di jalanan seperti itu.

“Tetapi apa yang peliknya, biarpun anak Mak Yam sudah bekerja, namun dia tidak pernah langsung menjenguk, mahupun mengambil ibunya yang sudah tua ini untuk keluar dari jalan yang hina ini.

“Jijik sangat rupanya dengan Mak Yam sampai langsung dia tidak endah, sedangkan dia tahu jika ingin bantu ibunya keluar dari jalan yang sesat ini, dia sendiri boleh membawanya keluar.

“Satu hari, dalam operasi pencegahan maksiat yang dilakukan di ibu kota, Mak Yam sendiri dengan rela hati memberi ‘kerjasama’ untuk ditahan dalam operasi berkenaan. Mak Yam fikir sudah sampai masanya keluar dari kancah maksiat ini.

“Sedihnya, hanya dari jauh, Mak Yam melihat anak lelaki sendiri melihat ibunya ditahan dan dibawa masuk ke dalam van dan dibawa ke balai polis.

“Sedikitpun dia tidak mengendahkan, menyapa mahupun melemparkan senyuman, biarpun dia mengenali ibunya,” katanya.

Biarpun kejadian itu amat mengguris hati, tetapi Mak Yam reda. Biarlah anaknya itu tidak menghargai dirinya sebagai ibu kandung kerana malu, namun Mak Yam tetap selalu mendoakan anaknya itu agar sentiasa diberkati Tuhan sepanjang waktu.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia