Home / Artikel / Kes Kecoh : BERHATI-HATI DENGAN LOAN AEON CREDIT..!!

Kes Kecoh : BERHATI-HATI DENGAN LOAN AEON CREDIT..!!

Kes Kecoh :

BERHATI2 DENGAN LOAN AEON CREDIT..!!

kisah hr ini

Balik kg jumpa parents. Abah mengeluh bila akaun Bsn miliknya, hasil jadi guru kafa bertahun2 tetiba kosong. Padahal beliau tidak pernah mengeluarkan duit dr akaun tersebut, kerana itu simpananya utk pergi haji dan umrah. Bila pergi tanya di bsn, rupa2nya dipotong oleh AEON CREDIT secara auto debit.

Kisahnya bermula bila abah beli motosikal skuter utk kegunaan mak pada tahun 2013

.
Harga motosikal = rm5760
Deposit = rm1150
Pembiayaan AEON = RM4610
Ansuran bulanan rm = 167 selama 36 bulan (3 tahun)
Jumlah keuntungan AEON = RM1402
Keseluruhan jumlah perlu dibayar kepada AEON = RM6012

Abah diberitahu bahawa beliau perlu membayar di wakil kutipan AEON di SenHeng bandar Tanah Merah. Abah diingatkat utk membayar sebelum 2hb setiap bulan. Jika tiada bayaran diterima sehingga 2hb, AEON CREDIT akan terus memotong secara autodebit dr akaunnya. Oleh kerana bayaran gaji guru kafa aialah di antara 15hb – 22hb, maka abah x pernah lewat membayar walaupun sehingga 30hb.

Kini menjelang April 2016, tetiba abah menerima panggilan talifon dr AEON mengatakan beliau perlu membuat pembayaran tertentu kerana pihak AEON tidak dapat membuat pemotongan dr akaunnya. Abah yg kebingungan hanya menuruti arahan dr pihak AEON utk terus membuat pembayaran di SenHeng.

Sampai satu masa abah menerima sms mengatakan motosikal akan ditarik kerana pihak AEON tidak dapat membuat pemotongan dr akaunnya. Padahal abah tidak pernah gagal utk membuat pembayaran setiap bulan tanpa gagal. Abah yang kebingungan pergi ke BSN dan barulah beliau sedar yg semua simpanannya telah habis kosong. Beliau diberitahu oleh pihak bank bahawa simpanannya dipotong secara autodebit setiap bulan oleh AEON.

MAKNANYA, AEON CREDIT MENGAMBIL PEMBAYARAN DR ABAH MELALUI SENHENG DAN PADA MASA YANG SAMA MENCURI DR AKAUNNYA SETIAP BULAN.!!!

PEMBAYARAN DI SENHENG SELAMA 3 TAHUN
RM167 X 12 Bulan X 3 tahun = RM6012

JUMLAH DICURI DR AKAUN SELAMA 3 TAHUN
RM168 X 12bulan × 3tahun = RM6048

JUMLAH BAYARAN KEPADA AEON TERMASUK YG DICURI = RM12,060..!!!

Hari ini sy membawa abah dan mak ke Manal motor & SenHeng Tanah Merah utk mendapatkan penjelasan.

Kedua2 wakil AEON ini mengakui bahawa memang pernah berlaku kes seperti ini. Seolah2 ini adalah perkara biasa bg mereka.

Sy bertanya, jika org kampung kurang pendidikan, x sedar perkara ini maka duitnya hanguslah?
Jawapannya YA!!

Jadi berhati2lah dgn AEON CREDIT ni. Kalau ada mak ayah dikampung atau adik beradik yg buat pinjaman, rajin2lah tanyakan kabar. Mereka ini akan mengambil kesempatan mengaut keuntungan dr org2 kampung yang kurang faham sistem jahat mereka ini.

Kami Menuntut wang kembali adalah satu hal. Tapi bagaimana pula dengan org2 lain yg x sedar mereka ditipu?

Tlg share ramai2 supaya tiada lg yg tertipu dgn AEON CREDIT ni.

#BOIKOT’AEON
#FAKTA
#MELAYUKENASEDAR
TLG SHARE SEBANYAK YG MUNGKIN.
JGN TERUS BODOH SELAMANYA…

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia