Home / Artikel / Kerana Nafsu , Bapa Sanggup Merogol Anak Kandung Sendiri

Kerana Nafsu , Bapa Sanggup Merogol Anak Kandung Sendiri

Kerana Nafsu , Bapa Sanggup Merogol Anak Kandung Sendiri

.

Tahun lepas bapa ini merogol anak saudara yang tinggal serumah. Anak saudara berumur 18 tahun. Setelah melahirkan anak, anak saudara di tempatkan di rumah saudara lain kemudian tidak lama selepas itu ada insan berhati mulia menikahi dan melindunginya.

.

Semalam bapa ini telah ditahan reman kerana merogol anak perempuan kandung berumur 14 tahun. Anak lelaki bongsu telah melihat perlakuan bapa ke atas kakaknya.

.

Anak lelaki bongsu telah menceritakan pada jiran. Jiran segera ke Balai Polis membuat laporan. Polis datang dan menahan bapa untuk membantu siasatan dan diambik keterangan.

.

Apabila anak perempuan diperiksa oleh pakar perbidanan , jelas ada koyakan pada selaput dara. Bapa juga telah membuat pengakuan bersalah.

.

Apa yang emak bapa di luar sana boleh fikirkan? Siapakah yang boleh dipercayai sekarang ini.

.

Ibu anak anak ini telah meninggal dunia, meninggalkan suami bersama 4 orang anak. 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan.

.

Ketika menghantar anak saudara ke sini 2 tahun lepas, kakak kepada mangsa ikut datang ke sini. Kakak mengambil Iktibar. Kini kakak telah berada di tingkatan 5. Rupanya adik berumur 14 tahun yang menjadi mangsa bapa.

.

Pedih , perit mendengar kisah begini. Kami di sini bersama mangsa. Lagi pedih melihat keadaan mangsa.

.

Cara mana lagi nak menjaga keluarga dari tipu daya syaitan. Syaitan makin berusaha untuk memusnahkan tamadun manusia. Kerana nafsu seorang bapa sanggup menjadikan anak sebagai tempat pemuas nafsu.

.

Siapa lagi yang boleh diharap menjaga maruah seorang anak?

.

Saya kongsikan cerita untuk peringatan emak bapa di luar sana. Anak adalah amanah untuk dijaga bukan untuk dimusnahkan kepercayaannya.

 

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia