Home / Artikel / Kerana Memandu Tanpa Lesen, Remaja 16 Tahun Dipukul Polis Di Shah Alam Sehingga Retak Kepala Dan Soket Mata Kanan

Kerana Memandu Tanpa Lesen, Remaja 16 Tahun Dipukul Polis Di Shah Alam Sehingga Retak Kepala Dan Soket Mata Kanan

Pada Sabtu lepas, dilaporkan seorang remaja berusia 16 tahun telah ditahan dan dipukul oleh pihak polis

Kes ini telah dilaporkan oleh Charles Santiagoyang merupakan Ahli Parlimen Klang kepada pihak polis sejurus selepas kes ini berlaku.

Dikatakan pada malam Sabtu tersebut, Mikail Quay telah keluar menunggang motornya tanpa lesen apabila beliau melalui satu road block di jalan raya. Setelah beliau ternampak sekumpulan pihak polis di jalan raya tersebut, beliau bercadang untuk melepaskan diri dari situ.

“Seorang pegawai polis tiba-tiba keluar dari semak dan menghentak topi keledar saya sehingga patah. Kemudian, mereka menyuruh saya menolak motosikal kira-kira 50 meter ke sekatan jalan raya, di mana di situ saya jatuh rebah di tepi jalan,” cerita Mikail.

“Mikail tidak layak untuk mendapat layanan seperti itu. Dia mungkin mengalami kerosakan otak atau kehilangan penglihatan pada masa depan,” kata bapa mangsa, Amirul Quay.

Oleh kerana keretakan yang teruk di kepalanya dan juga pada soket mata kanan dan hidung, beliau telah ditahan di dalam wad di Hospital Shah Alam dan dirawat di sana. Menurut bapanya Amirul Quay, selain daripada kecederaan, terdapat juga pendarahan kecil di dalam otak anaknya itu.

“Ya saya tahu bahawa dia telah melakukan suatu kesalahan. Tetapi cukuplah hanya sekadar mendakwanya di mahkamah atau menegur ibu bapa kerana kecuaian kami. Bukan dengan cara begini, ini bukanlah hukuman yang betul. Dia hanya berusia 16 tahun. Kenapa harus anak saya diperlakukan sebegini?” rintih Amirul Quay.

Apa-apapun kami berharap agar pihak polis dapat menerangkan hal sebenar akan insiden yang telah berlaku ini.

Dengan bantuan yang diberi oleh Charles Santiago dan juga rakannya, kini bapa Mikail sudah pun selesai membuat laporan kepada pihak polis. Buat masa sekarang, sebarang komen dan kenyataan tidak lagi diberi oleh pihak polis. Kini kita hanya dapat mengharapkan agar keadaan Mikail dapat pulih seperti biasa.

Sumber: says

Baginda bertitah ia bagi memastikan persepsi orang ramai diubah kononnya imej penunggang motosikal digambarkan sebagai ‘sampah’ masyarakat dan samseng jalanan.

Pada masa sama, baginda bertitah istilah baharu itu secara tidak langsung menunjukkan masyarakat permotoran yang lebih disiplin dan berkhemah.

“Istilah baharu itu dapat memberi gambaran semangat perpaduan peminat motosikal seperti satu keluarga harmoni.

“Bila ada masa pada satu hari nanti, saya (baginda) akan anjurkan satu himpunan untuk ‘Brother Motor’ di negara ini.

“Ingat‘Brother Motor’ hormati orang lain, jangan guna jalan raya sebagai litar lumba.

“Dahulu, saya (baginda) pernah menegur penunggang motosikal untuk tidak membuat bising di depan Hospital Sultan Aminah di Johor Bahru.

“Apa perasaan jika (anda) mendengar bunyi bising pada tengah malam.

“Ada ‘Brother Motor’€™ terlantar di katil hospital mengeluh ‘sampai hati lu bising-bising gua kat dalam tengah sakit beb’,” titah baginda ketika berucap merasmikan Jambori Minggu Permotoran Negara (MBW) 2018, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di Serdang, hari ini.

Dalam pada itu, baginda berkenan menasihatkan semua penunggang motosikal di negara ini untuk sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya.

“Ikut peraturan lalu lintas ditetapkan, pastikan semua yang menunggang (motosikal) ada lesen.

“Sedikit kecuaian boleh menyebabkan cedera parah dan kemalangan maut.

NASIHAT BAGINDA
“Sebelum naik motosikal, baca doa, minta (berada dalam keadaan) selamat sepanjang perjalanan,” katanya.

Baginda bertitah banyak kes kemalangan di jalan raya membabitkan anak muda kerana sikap terlalu berani dan memandu kenderaan mengikut perasaan.

“Ibu bapa juga perlu bersikap tegas, jaga tingkah laku anak-anak, jangan benarkan (anak memandu kenderaan) kalau tiada lesen.

“Biar dia (anak-anak) nangis sekarang jangan kita (ibu bapa) nangis kemudian,” titah baginda.

Sejurus titah baginda, Sultan Johor diiringi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Dewan A, MAEPS meninjau koleksi kenderaan peribadi baginda dan tapak pameran motosikal.

Gambar: HMETRO ONLINE

Baginda ditemani Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Eksekutif Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia (GPMOTO) meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau kemeriahan MBW 2018, malah sempat beramah mesra dengan ribuan pengunjung acara terbabit.

Turut hadir Presiden GPMOTO, Datuk Seri Ab Rauf Yusof.

Sementara itu, Ahmad Zahid Hamidi memohon perkenan kepada Sultan Ibrahim bagi memastikan kelangsungan dan kemeriahan Jambori Minggu Permotoran Negara (MBW).

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Eksekutif Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia (GPMOTO) berkata, sebagai permulaan, beliau memohon perkenan baginda untuk menganjurkan acara MBW secara tahunan di negara ini.

“Saya juga memohon perkenan Sultan Johor untuk baginda menjadi penaung diraja MBW selain berangkat ke acara MBW setiap tahun.

“Mohon juga perkenan baginda untuk mempamerkan koleksi kenderaan peribadi Sultan Johor untuk diperlihatkan kepada rakyat Malaysia,” katanya berucap pada majlis perasmian, hari ini

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia