Home / Artikel / Kenali Cik Sofie Louise Johansson, Bakal Isteri Tengku Mahkota Kelantan

Kenali Cik Sofie Louise Johansson, Bakal Isteri Tengku Mahkota Kelantan

Baru-baru ini, satu pengumuman rasmi telah dibuat oleh pihak Istana Kelantan dimana Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, 45, akan melangsungkan perkahwinannya dengan warga Sweden, Sofie Louise Johansson, 33.

IKLAN

Majlis Perkahwinan Secara Tertutup 

Sebuah majlis secara tertutup akan diadakan di Istana Balai Besar pada Jumaat, 13 Syaaban 1440H bersamaan 19 April ini. Perutusan itu telah diumumkan sendiri oleh Ketua Istiadat Pejabat Istana Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal menerusi sebuah sidang media.

Menurutnya, istiadat perkahwinan akan diadakan secara sederhana dengan dihadiri ahli keluarga, kaum kerabat dan sahabat. Majlis akad nikah dan istiadat perkahwinan akan diadakan pada hari yang sama selepas solat Isyak.

Kenali Cik Sofie Louise Johansson 

Mengenai Cik Sofie Louise Johansson atau dikenali sebagai Cik Sofie, beliau merupakan kenalan baginda sewaktu belajar di luar negara dan perkenalan mereka sudah lama terjalin. Menerusi carian kami di pelbagai sumber, Cik Sofie membesar di Linköping dan aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak di bangku sekolah lagi.

Malah Cik Sofie yang mempunyai kelulusan pendidikan dalam Bahasa Inggeris dan Sosiologi turut dikenali oleh rakan-rakannya sebagai seorang yang baik hati, kelakar dan begitu menggemari makanan cina! Tidak hairanlah Tuanku jatuh hati dengan permata Sweden ini.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Incoming search terms: