Home / Artikel / KEJAM! Di Sebabkan Ibubapa Tak Dapat Bayar Yuran, budak tadika Dikurung

KEJAM! Di Sebabkan Ibubapa Tak Dapat Bayar Yuran, budak tadika Dikurung

NEW DELHI – INDIA Sekurang-kurangnya 16 murid tadika didakwa dikurung di bahagian ruang bawah tanah sebuah sekolah di Delhi, gara-gara ibu-bapa mereka gagal menjelaskan yuran kepada pihak pentadbiran.

Kejadian itu berlaku di sekolah perempuan di daerah Hauz Qazi, awal minggu ini.

Ibu-bapa murid terbabit mendakwa anak-anak mereka dikurung dari jam 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari dalam suhu panas yang ekstrem.

Mereka turut mendakwa, kesemua murid terbabit dibiarkan tanpa makanan dan air.

“Saya telah menjelaskan yuran sekolah, tetapi anak saya tetap dihukum. Biarpun saya telah tunjuk bukti pembayaran, pengetua enggan meminta maaf dan tidak menyesal dengan perbuatannya,” kata Zia-Ud-Din.

Sementara itu, polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

“Kami telah mendaftarkan kes ini di bawah Seksyen 75 Akta Keadilan Juvana. Kami akan menyiasat perkara ini,” kata polis kepada agensi berita ANI. – NDTVsumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia