Home / Artikel / KEHILANGAN MISTERI TERUNGKAI-Mayat Di Jumpai Dalam Tong Asid!

KEHILANGAN MISTERI TERUNGKAI-Mayat Di Jumpai Dalam Tong Asid!

KEHILANGAN MISTERI TERUNGKAI-jumpa mayat dalam tong asid

TIGA penuntut bidang perfileman di universiti tempatan di Gaudalajara, Mexico yang dilaporkan diculik lima minggu lalu disahkan maut, berikutan penemuan tiga tong berisi asid di rumah di Tonala, iaitu lokasi mereka membuat penggambaran.

Mangsa, Salomon Aceves Gastelum, 25; Daniel Diaz, 20; dan Marco Avalos, 20, dilaporkan hilang pada 19 Mac lalu ketika dalam perjalanan pulang selepas mengadakan penggambaran filem di sini.

Mereka ialah penuntut Universiti Media Audiovisual.

Menurut saksi, penuntut terbabit dipercayai ditahan sekumpulan enam hingga lapan lelaki, sebelum dibawa lari dengan menaiki kenderaan lain.

Ketua penyiasat, Lizette Torres berkata, penculik dipercayai mempunyai kaitan dengan kartel dadah Jalisco New Generation, iaitu sindiket penjenayah yang amat berpengaruh di kawasan berkenaan.

“Setakat ini tiada bukti yang menunjukkan semua mangsa mempunyai kaitan dengan mana-mana kartel,” katanya.

Namun, beliau berkata, pihak penyiasat percaya ahli keluarga seorang daripada penuntut itu terbabit dalam persaingan kartel dan pembunuhan itu mungkin bermotifkan dendam.

“Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dijalankan bagi mengesahkan identiti mangsa dalam tong berisi asid terbabit,” kata Torres.

Klau yg bunuh ketua dadah ni bukan senang jugak nak tangkap.. klau ketua2 ni kat atasnya orang yg sangat2 berpengaruh. Sebab tu dari dulu sampai skrg ni dadah dan pembunuhan berleluasa kat sana. Tak hairan la kan..

Cari mereka y mmbunuh 3 lelaki y xbrsalah kenakn penjara atau gantung sampai mati

 

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.