Home / Artikel / kehidupan seperti ‘neraka’ di Malaysia! pekerja asing kongsikan kisah hitam tak dapat dilupakan

kehidupan seperti ‘neraka’ di Malaysia! pekerja asing kongsikan kisah hitam tak dapat dilupakan

kehidupan seperti ‘neraka’ di Malaysia! pekerja asing kongsikan kisah hitam tak dapat dilupakan | PETALING JAYA: Apabila dia memohon pekerjaan di Malaysia, Ahmad hanya mahu bekerja di pejabat dengan gaji yang setimpal.

Warga India ini sama sekali tidak menyangka dia akan diseludup masuk sebagai pekerja tanpa dokumen sah dan dikerah melakukan kerja buruh selama 6 bulan.

Ahmad berkata keadaan bertambah buruk selepas tempoh majikan perlu mendaftarkan pekerja-pekerja asing haram tamat pada 30 Jun.

“Bos kata kami tak boleh pergi kerja. Mereka pindahkan kami ke satu tempat yang jauh.

“Kira-kira 20 orang disumbat dalam satu bilik. Ada yang datang bersama saya dari India. Kami diberitahu kami tak boleh tinggalkan bangunan itu tetapi boleh ubahsuai pangsapuri di tingkat atas kalau mahu dibayar.”

Ahmad, seorang pemegang ijazah jurusan jualan dan pemasaran berkata dia datang ke Malaysia mengharapkan masa depan yang lebih baik.

“Tetapi saya dipaksa melincirkan mesin di kilang. Saya pun buat banyak kerja buruh,” katanya.

Ahmad bersama pekerja asing lain di sebuah kilang di Johor.

“Kami tak mahu buat kerja-kerja ni, tapi mereka akan ambil gaji kami. Mereka pun ancam akan berhentikan kami. Jadi apa pilihan yang ada? Adakalanya kami tak diberi makan beberapa hari jadi kami terpaksa mengalah.”

Imigresen menangkap 1,475 pekerja haram dan 28 majikan antara 1 dan 6 Julai dalam 595 operasi seluruh negara. Pembanterasan masih berjalan walaupun dikecam hebat oleh beberapa pihak.

Ahmad berkata keadaan pun buruk sebelum pembanterasan itu, dengan pengawasan ketat ke atas pekerja asing sekarang ini, majikannya buat bermacam cara untuk menyembunyikan mereka daripada mata orang ramai – menghantar mereka bekerja di sebalik tabir.

Menurut beliau, pada mulanya dia dihantar ke Pasir Gudang, Johor di mana beberapa orang warga India, Bangladesh dan Pakistan sudah pun berada di situ. Mereka juga bersungut dan kecewa dengan kerja baharu mereka.

Beliau dan pekerja lain kemudian dipindahkan ke satu taman teknologi maklumat di Forest City, Gelang Patah selepas pembanterasan imigresen.

Ahmad akui dia bodoh kerana bersetuju diseludup masuk selepas mengambil khidmat seorang ejen untuk membantunya uruskan dokumentasi, tetapi dia cuba membetulkan keadaan.

“Pernah sekali kami minta permit kerja yang sah tapi mereka minta RM8,000,” katanya.Dengan keperluan sukar dicukupnya dengan gaji yang tak seberapa, perkara itu mustahil dilakukan.

“Majikan kami selalu potong gaji yang dijanjikan. Saya harapkan gaji sekurang-kurangnya lebih RM2,000. Sepatutnya saya dibayar RM75 sehari.

Bilik di Forest City di mana Ahmad dan 20 yang lain dipaksa tinggal semasa pembanterasan imigresen.

“Tetapi tak berlaku. Bila kami minta gaji penuh, mereka kata nak pecat kami.”Ahmad dan beberapa rakan-rakan sekerja sudah pulang ke India tetapi nak pulang pun bukan mudah.

Pertama sekali, tak semua ada pasport dalam tangan atau gaji yang dijanjikan untuk membeli tiket penerbangan.

“Satu hari tu kami diusir keluar selepas mereka arah kami kosongkan pangsapuri. Jadi kami pun naik Grab ke bandar.

“Ada antara kami minta pasport dipulangkan tapi tak diberi pun. Jadi mereka terpaksa ditinggalkan. Kalau nasib baik, macam saya, keluarga hantar duit, beli tiket dan pulang.

“Bercucuran air mata mengenangkan apa yang mereka lakukan pada kami. Saya sekarang 42 tahun. Saya tak pernah buat benda-benda macam tu selama ini. Melampau sampai saya tak boleh tahan.”

Berada dalam kalangan pekerja yang senasib dengannya, Ahmad tahu sebahagian besar majikan tak bayar pekerja-pekerja asing.

“Mereka terang-terangan terlibat dalam penyeludupan manusia atas nama pengambilan tenaga kerja. Terdapat ribuan pekerja mengalami nasib saya. Tolonglah pulangkan mereka kepada keluarga mereka,” katanya.

“Tujuan saya kongsi cerita ini supaya anda bantu bebaskan orang-orang seperti saya dan hukum ejen-ejen itu. Rampas lesen mereka.”

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia