Home / Artikel / Kaki Dah Potong Pun Ayah Masih Buat ‘Benda Tu’ Pada Saya – Gadis Kongsi Sesuatu Yang Tak Disangka!

Kaki Dah Potong Pun Ayah Masih Buat ‘Benda Tu’ Pada Saya – Gadis Kongsi Sesuatu Yang Tak Disangka!

 Assalamualaikum ummi saya baru saja join Baitus solehah..adalah dalam sebulan sya follow dn baca cerita yg umi coretkan…

Disini saya ingin berkongsi dan meluahkan saja apa yg pernh terjadi dekat saya.

Masa tu usia saya seingt saya mungkin dlm darjah 3 atau 4..masa tu ayah saya keaadannya xsama mcm org lain kaki dia sebelh kene potong sebb kencing manis.(dahlah xsempurna sampai hati buat dkt anak sendiri geram saya) .

Kaki kena potong pun ayah still buat 'benda tu' pada saya - gadis kongsi sesuatu yang tak disangka!
Kaki kena potong pun ayah still buat ‘benda tu’ pada saya – gadis kongsi sesuatu yang tak disangka!

Malam tu saya tidur dekat bilik dengan mak saya baring sebelh mak..sya memng jenis tidor cpt sedar bunyi apa skli pun..sedang saya tido saya terasa mcm ada tgn cuba meraba payudara saya, saya cuba bukak mata (mcm intailah) sya terperanjat xsangka ayah kandung saya cuba nk meraba dada saya. Saya laju nak jerit “ nak apa?”. Serba xkene saya buat2 pusing tpi tangan tu masih lagi cuba nk pegang2 anggota bdn lain.

Emak saya kerja kdng ada dkt rumah cuma sebuk sikit..pernah sekali masa tu sya bru lpas mandi ayah sya cuba tolak pintu bilik saya..saya tnya knapa dia ckp nak amik barang ke apa sya xingat. Dan ayah saja buat2 terlangar payudara saya..saya geram sangat..kadang saya maki2 ayah apa mcm ni..

Pada 1 mlm mak nk pergi kedai beli gula sya nangis2 nak ikut sebb takut ayah buat bukan2 dkt saya . Emak tnya kenapa nk ikut dduk je rumh sya nangis kuat2 nk ikut juga , ayah diam je buat mcm xde apa2..

Bila umur semkin meningkat, rumah pun dh pindah temat lain, sya ingt ayah dh berubah , rupanya tidak..(kali ni kaki dh potong ke dua-duanya)ayah dduk dikerusi roda , malam tu sya ingt mak blm blik rumh mak tgh memasak dkt kntin, mak kerja tukang masak, untuk menyara keluarga, sya dn adik perampuan dh tido bersepah dalam bilik. Rumah kali ni , nak kata rumah bukn rumah, nak kata bilik pun bukan, tempat mak kerja ni sediakan tempat tinggal seadanya untuk berlindung.

Sedang sya tido saya rasa ada tgn cuba masuk jari dlm lubang miss v saya..sya rsa mcm nak nangis..sebb saya rsa sakit pastu saya cuba pusing2kn badan meniaraplah nk elak tpi ayah cuba lagi nak masukkan tgn dn nk raba kemaluan saya..saya masa tu rsa mcm nk tendng je ayah!! Geram sangat..

Sampai sekarang walaupun ayah dah xde bila saya ingt balik apa yg dia buat dkt saya rsa mcm xnk maafkn smpai bila2..bila mak asyik cerita pasal ayah sya geram sya ckp mak ni , “ayah bukan baik sngt ayah pernah buat bukan bukan pd sya”. Emak mcm xpercaya btul ke..bru mak tau mak nangis2..

Kdng saya benci lelaki..tpi sya dh kawin sya sllu nasihat anak2 , ayah ke , adik lelaki ke , kwn lelaki ke, cikgu atau sapa2 pun jgn bgi pegang atau sentuh buah dada dan bahagian bawah depan belakang.

Itu sajalh luahan saya..terima kasih sudi membaca. Saya tak boleh lupa akan perbuatan ayah ke atas saya walaupun saya dah kahwin. Masih marah.

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Kenapa saya masih dedahkan kisah benar dari inbox. Saban hari makin ramai meluahkan pengalaman yang mereka lalui pencabulan seorang ayah.

Apakah zaman dulu berbeza zaman ini. Cukup cukuplah trauma , benci, dendam anak kepada bapa kerana bapa yang dianggap sebagai pelindung telah ambik kesempatan. Mentang mentang anak sendiri , ingat boleh buat suka hati. Rasanya zaman ini lagi dashyat kerana berleluasanya video lucah yang sangat merangsang nafsu tidak kira pada sesiapa pun termasuk bayi. Bukan kita tidak pernah dengar dan baca, bayi , kanak kanak umur 2,3 tahun di rogol.

Sebab tu tak hairan zaman ini kita baca dalam media sosial atau akhbar “ seorang ayah terbiar di pinggir jalan, seorang ayah terlantar sakit tidak dipeduli.” Dah kalau masa anak anak tu kecik, kau cabul menyebabkan anak tu jadi benci. Ada 8 anak, lapan lapan kau cabul, mana mereka tak marah, benci dan hormat.

Ini cabul. Yang grooming dan rogol anak lagi lah anak tu benci , meluat dan akhirnya mereka sanggup melihat ayah menderita sebatang kara sakit tua.

Ingat anak tu milik dia, suka hati nak buat apa apa. Ingatlah anak adalah amanah untuk dijaga maruahnya dan dilindungi keselamatannya.

Biarlah orang kecam saya atas pendedahan tanpa sebarang suntingan supaya emak emak terbuka mata untuk ambik perhatian dalam menjaga anak perempuan. Dengar cerita mereka. Ambik tindakan, jangan anak anak ini menderita zaman kanak kanak disebabkan bapak yang suka ambik kesempatan.

Bukan semua bapa macam ni menjadi bapa durjana. Masih ramai bapa yang benar benar menjaga amanah Allah. Bapa itu memang kita sanjung. Bapa yang dihormati anak anak dan sampai masa anak anak ikhlas berbakti diusia tua.

Opah Makin Tua, Opah Mahu Berbakti hingga hujung nyawa menyelamatkan ummah,

Mak Liza

#PedoCabulLiwatRogol

sumber : baitus solehah

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia