Home / Artikel / Jeffrey Kitingan Dakwa PATI Akan Di Berikan MyKad!!

Jeffrey Kitingan Dakwa PATI Akan Di Berikan MyKad!!

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Kerajaan Negeri Sabah ingin menumpukan perhatian terhadap pembangunan negeri dan membantu rakyat berbanding melayan fitnah daripada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jeffrey Kitingan Dakwa PATI Akan Di Berikan MyKad!

Perkara tersebut dinyatakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, ketika menepis tuduhan Presiden Parti Solidariti Sabah (STAR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang mendakwa beliau akan mengiktiraf warga asing di negeri ini.

“Saya tidak mahu respon mengenai isu (tuduhan) ini.

“Fokus saya kini adalah untuk membangunkan negeri dan membantu rakyat,” katanya selepas merasmikan Majlis Ru’yah Hilal Ramadhan.

Terdahulu, sebuah portal berita menyiarkan dakwaan Jeffrey yang mengatakan kemenangan Warisan disambut baik golongan

pendatang asing tanpa izin (PATI) kerana kesediaan kerajaan baharu itu bakal memberikan dokumen kerakyatan sah kepada mereka.

Dakwa Jeffrey, Sabah bakal berhadapan dengan PATI yang memiliki permit kerja dan dokumen IMM13 akan diberikan MyKad oleh kerajaan di bawah pimpinan Mohd. Shafie.sumber: kosmo

Kongsikan Artikel ini