Home / Artikel / Jawapan panas Mufti Kelantan isu LGBT buat Menteri Agama PAKATAN terdiam!

Jawapan panas Mufti Kelantan isu LGBT buat Menteri Agama PAKATAN terdiam!

Jawapan panas Mufti Kelantan isu LGBT buat Menteri Agama PAKATAN terdiam!  | KUALA LUMPUR 6 Julai – Hukum dan peraturan dalam agama Islam tidak boleh ‘ditunduk dan di­belakangkan’ hanya ke­rana ingin mengangkat makna kebebasan bersifat songsang yang berselindung di sebalik payung hak asasi manusia.

Video sekadar hiasan baca artikel penuh dibawah

Bercakap mengenai gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), ia tidak seharusnya megah dilaungkan sebagai hak setiap warganegara se­­mata-mata, sebalik­nya perlu juga diteliti me­ngenai hak dalam kelompok masyarakat.

Mengulas perkara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan bahawa kesemua perlakuan seks di luar tabii jelas merupakan satu bentuk jenayah.

Beliau berkata, walaupun ia dilakukan secara ‘sembunyi-sembunyi’, melihat kepada situasi kini, implikasi dan wabak LGBT di negara ini tetap tersebar luas tanpa sekatan terutama dalam laman media sosial.

“Maknanya satu perkembangan yang tidak sihat kalau gerakan ini didasarkan kepada hak asasi manusia ataupun kebebasan. Agama tidak boleh ditundukkan di bawah apa yang disebut sebagai hak asasi manusia,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Ismail Mina Ahmad menyifatkan bahawa LGBT merupakan satu bentuk fenomena anarkisme sosial dalam masyarakat dan sela­yaknya digelar sebagai jenayah moral yang berat.

Pandangan Datuk Dr Mujahid Dikhuatiri Buka Ruang Selesa Untuk LGBT – Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takir

Kenyataan YB Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) mengenai perlakuan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) adalah bersalahan dengan sudut pandang Islam dan peruntukan undang-undang negara.

Demikian kenyataan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri susulan kenyataan yang dibuat.

“Pandangan yang beliau kemukakan itu dilihat sebagai mengiktiraf perlakuan LGBT sebagai hak seseorang selama ia dilakukan dalam ruang peribadi masing-masing.” “Kefahaman ini ternyata sangat silap kerana LGBT melibatkan pencerobohan terhadap hak masyarakat dan sifat tabii kemanusiaan.”

Tambah Dato’ Dr Mohd Khairuddin lagi, pendirian longgar oleh seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap agama Islam dalam isu ini dikhuatiri akan membuka ruang selesa dan meyakinkan kepada golongan LGBT untuk terus mendesak agar perlakuan dan golongan LGBT diiktiraf di negara ini.

“Lebih saya bimbang, jika sikap menteri seperti itu akhirnya menjadikan Malaysia menerima syor supaya mengiktiraf orientasi seksual LGBT sebagai hak-hak asasi manusia sejagat; meminda seksyen 377A Kanun Keseksaan berhubung jenayah liwat kerana menganggap ia tidak lagi relevan dan ketinggalan zaman; dan memansuhkan enakmen-enakmen Kesalahan Jenayah Syariah berkaitan yang didakwa sebagai “mengganggu hak peribadi” seperti yang dituntut oleh Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO).”

Justeru, beliau berharap agar para pemimpin Pakatan Harapan bertindak dalam merobohkan kezaliman, bukannya merobohkan agama Islam dan undang-undang negara. “Mandat kepada Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan oleh rakyat adalah untuk merobohkan kezaliman dan penindasan bukannya merobohkan agama Islam dan undang-undang.”.

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia