Home / Artikel / Janji Hapuskan Tol? Ini Respon Pedas Menteri Kerja Raya!!

Janji Hapuskan Tol? Ini Respon Pedas Menteri Kerja Raya!!

KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya, Baru Bian memberi jaminan tidak akan meluluskan pembinaan tol baru di negara ini, ketika kerajaan berusaha menghapuskan plaza tol di seluruh negara secara berperingkat-peringkat.

Katanya, kerajaan tidak boleh menghapuskan semua tol sedia ada secara serentak bagi mengelakkan krisis kewangan kerana kos keseluruhan pengambilalihan lebuh raya bertol dianggarkan RM400 bilion.

Katanya, kajian akan dijalankan untuk menentukan tol mana yang akan dimansuhkan terlebih dahulu.

“Kerajaan pada masa ini masih meneliti cadangan penghapusan kutipan tol secara berperingkat kerana ia melibatkan implikasi besar terhadap kewangan negara, dalam masa sama kerajaan perlu menjaga kepentingan semua pihak, termasuk pemegang konsensi, pelabur dan pemberi pinjaman.

“Semua isu berkaitan penghapusan tol, implikasi dan jumlah tol akan dimuktamadkan selepas kementerian berbincang dan mendapat nasihat daripada agensi pusat lain, iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Jabatan Peguam Negara,” katanya ketika menggulung perbahasan titah Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang meminta kerajaan menyenaraikan tol mana akan dihapuskan terlebih dahulu.

Umno: Janji PH hapus tol jejas ekonomi

PETALING JAYA: Pemimpin Umno menyelar kerajaan Pakatan Harapan (PH) berikutan laporan mengatakan rancangannya mahu menghapuskan tol tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh 100 hari, sekali gus mengingatkan tentang implikasi kewangan langkah tersebut.

Mereka memberi respons terhadap laporan yang memetik ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Shahril Ridza Ridzuan yang menyebut bahawa rancangan digariskan dalam manifesto PH itu tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan perlu menangani keperluan kewangan lain.

Shahril juga berkata, penghapusan tol merupakan proses yang rumit dan melibatkan banyak pihak. Usaha FMT menghubungi ahli jawatankuasa penggubal manifesto PH tidak berjaya.

Timbalan presiden Umno, Datuk Seri Mohmad Hasan berkata Barisan Nasional (BN) pernah mempersoalkan janji PH itu semasa kempen pilihan raya umum lepas, tetapi pengundi masih mahu mempercayainya.

“Separuh daripada janji mereka sukar ditunaikan. Sekiranya ia dilaksanakan juga, maka ekonomi akan terkesan.

“Sekarang rakyat boleh menilai sendiri sama ada PH hanya berjanji untuk memancing undi atau mereka merupakan kerajaan yang berwibawa.”

Mohamad, yang merupakan bekas menteri besar Negeri Sembilan berkata, kerajaan yang berwibawa akan menunaikan janji yang dibuat tanpa berkompromi ke atas ekonomi negara.

Setiausaha agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, kini jelas bahawa janji PH mahu menghapusakan tol hanyalah “muslihat” bagi mendapatkan undi.

“Mustahil PH berani menghapuskan tol kerana ia melibatkan konsesi, dan menamatkannya bermakna kerajaan perlu membayar berbilion ringgit wang negara sebagai pampasan.

“Jika ia dilakukan, maka dana awam akan dibelanjakan dan pembayar cukai mengalami kerugian.

Annuar mendakwa, kerajaan PH telah kehilangan puluhan bilion ringgit sejak mengambil alih Putrajaya, antara lain berikutan kerugian di pasaran saham, kejatuhan harga komoditi dan pengkadaran sifar cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“PH sekarang mencari-cari alasan untuk tidak memenuhi janji mereka. Akan tetapi rakyat mahu janji tersebut ditunaikan,” katanya.

Menjelang pilihan raya umum 9 Mei lepas, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan PH akan menamatkan bayaran tol di seluruh negara secara berperingkat, berdasarkan kontrak yang ditandatangani antara kerajaan dengan pemegang konsesinya.

Pemansuhan tol adalah antara 10 janji PH yang dikatakan akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari setelah mengambil alih kerajaan persekutuan.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia