Home / Artikel / Isteri Sarat Mengandung Dirogol Empat Lelaki Selepas Mengikat Suaminya!!

Isteri Sarat Mengandung Dirogol Empat Lelaki Selepas Mengikat Suaminya!!

SEORANG wanita sarat mengandung lapan bulan dirogol empat lelaki ketika suaminya diikat dan dikunci di dalam sebuah van.Wanita berusia 20 tahun itu dan suaminya yang juga pemilik sebuah hotel dalam perjalanan ke Tasgoan di Mangarashtra, India untuk bertemu pekerja baharu.

NDTV melaporkan salah seorang suspek mendorong suami mangsa untuk pergi ke Tasgoan kerana mendakwa mengenali seseorang yang mahukan pekerjaan.

Malah suspek juga meminta suami mangsa untuk membawa bersama wang 20,000 rupee (225 pound sterling) sebagai bayaran pendahuluan.

Namun sebaik sahaja mereka tiba di sana, suspek dan tiga yang lain memukul suami mangsa dengan batang paip, merompak wang dan barang kemas mereka.Suspek kemudian mengikat suami mangsa dan menguncinya di dalam sebuah van sebelum merogol wanita tersebut.

Suspek turut mengugut pasangan terbabit supaya tidak melaporkan insiden itu kepada polis kerana mendakwa ‘tiada siapa akan menghiraukan aduan mereka’.Pasangan terbabit akhirnya membuat laporan di balai polis Tashoan.

“Salah seorang suspek menghubungi pasangan itu supaya datang ke Turchi Phata kerana mahu memperkenalkan mereka dengan dua lelaki yang berminat untuk bekerja di hotel mereka.

“Empat lelaki lain membawa wanita itu ke dalam sebuah bilik dimiliki salah seorang suspek dan merogol mangsa.

“Semua lapan suspek melarikan diri selepas merompak barang kemas dan wang suami mangsa,” kata jurucakap polis Ajay Sindkar.

Menurut Sindkar, tiga suspek berjaya ditahan dan mendakwa mengenali wanita tersebut kerana pernah bekerja di hotel suaminya, enam bulan lalu.

KES ROGOL KEJAM YANG LAIN DI INDIA

Lagi budak 8 tahun dirogol di India

LUCKNOW: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang menghadiri kenduri kahwin bersama ibu bapanya menjadi mangsa terbaru kes rogol dan bunuh di India.

Insiden yang mencetuskan kemarahan orang ramai itu dilaporkan berlaku di Uttar Pradesh lewat malam Isnin.

Seorang remaja berusia 18 tahun dari sebuah perkampungan di Etah, lokasi majlis perkahwinan yang dihadiri keluarga mangsa telah ditahan.

Lebih mengejutkan, suspek ditemui terbaring dalam keadaan mabuk di sebelah mayat mangsa.

Semasa kejadian, ibu bapa kanak-kanak malang itu sedang sibuk dan suspek menarik mangsa masuk ke dalam sebuah rumah dan bertindak merogolnya.

Suspek kemudiannya didakwa menjerut mangsa sehingga mati.

“Dia menarik mangsa masuk ke dalam sebuah rumah lalu merogol sebelum bertindak membunuh mangsa. Kira-kira pukul 1.30 pagi, beberapa acara sedang berlangsung.

“Dia menggunakan peluang itu menarik mangsa masuk ke dalam rumah lalu merogolnya,” kata bapa mangsa.

Selepas orang ramai menyedari kehilangan kanak-kanak perempuan itu, mereka melakukan pencarian dan menemui mayatnya terbaring bersebelahan tubuh seorang remaja mabuk.

“Kanak-kanak itu berusia kira-kira lapan atau sembilan tahun. Dia dirogol dan juga dijerut sehingga mati. Suspek telah ditahan,” kata pegawai polis Akhilesh Chaurasia.

Ini adalah kes rogol dan bunuh kedua dilaporkan selepas India digemparkan dengan kes bunuh dan rogol berkumpulan budak perempuan berusia lapan tahun, Asifa Bano di Khatua. – NDTV.com

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia