Home / Artikel / Isteri orang berzina berkali-kai dengan bos kerana ingin naik pangkat

Isteri orang berzina berkali-kai dengan bos kerana ingin naik pangkat

Isteri orang berzina berkali-kai dengan bos kerana ingin naik pangkat
Isteri orang berzina berkali-kai dengan bos kerana ingin naik pangkat

Isteri orang berzina berkali-kai dengan bos kerana ingin naik pangkat | Min, mohon share cerita aku ini dekat page, Peringatan untuk semua. Assalamualaikum, Sebelum aku hendak cerita ini aku cuma ingin bagi tahu yang aku tiada niat hendak buka aib cuma ingin bagi kamu semua nampak sudut lain jadikan cerita ini sebagai peringatan untuk diri sendiri. Dan maaf kalau penceritaan aku ini tidak berapa menarik.

Aku seorang seller Corset dan Bumpants , Satu hari aku dapat panggilan yang tidak terjawab . Waktu itu aku sedang memasak jadi aku tidak perasan orang call. Lepas aku tengok panggilan tidak berjawab itu, terus aku call balik dan ada seorang wanita yang menyambut panggilan aku.

Bermula lah kisah yang aku hanya fikirkan. Selama ini aku cuma tengok drama, rupanya ada juga direaliti. Kakak ini seorang Personal Assistant di sebuah syarikat, dia mempunyai seorang anak dan suami yang bekerja Jauh dari semenanjung malaysia kiranya PJJ lah.

Kakak ini dia mengadu pada aku aset dia semua sudah gelebeh, semasa pantang dia tidak pernah pakai bengkung , aku syak kakak ini jenis lurus, jadi dia meminta pendapat aku, apa yang perlu dia buat . Ok pendekkan cerita sebab waktu itu conversation aku cuma lah menerangkan apa kelebihan product aku jual, so tidak penting kan.

Jadi kakak ini mula menceritakan Kisah disebalik “KENAPA DIA HENDAK PASANG BADAN” Kakak ini kata bos dia suka geselkan alat sulit di punggung dia , kadang kadang Bos ini main raba sahaja buah dada dia. Dan dia jujur pada aku yang dia sudah bersama dengan bosnya di dalam ofis saat semua pekerja sudah pulang. Suaminya pula tidak tahu yang dia sudah buat perkara sumbang itu sebab suami dia memang stay jauh kerana mereka jauh.

Kakak itu hendak beli product dari aku ini sebab bos dia yang suruh pakai suruh cantikkan balik body, sebab bos dia kata semua sudah gelebeh tidak cantik, hendak jadi PA kena lah cantik. Kakak jenis suka pakai blouse labuh katanya, so Bos dia memang selalu angkat kain dia raba punggung dia waktu dia tengah cari file atau buat kerja, dia kata dia terpaksa diam sebab dia hendak naik pangkat, so sejak bos dia suruh pasang badan ini, dia pun dapat nombor aku dari kawan dia.

Tujuan dia hendak pasang badan memang hendak goda bos dia, hendak bagi bos dia lagi gersang tengok dia dan dia siap cakap lagi pada aku. ” Kalau bos kakak sudah gersang mesti lagi dia hendak bersetubuh dengan kakak kan, kakak terpaksa buat macam ini sebab kakak betul betul hendak naik pangkat”. Allahu. Aku jadi serba salah antara mahu jual pada dia atau aku abaikan dia. Niat aku cuma ingin membantu masalah kakak ni, Bila dia cerita sebalik masalah dia itu , aku Jadi serba salah, maka aku decide tidak menjual pada kakak itu. Aku tidak mahu bersubahat dalam perkara yang dia buat.

Aku tidak tahu apa masalah yang kakak ini kena hadap dan aku tidak mahu judge apa apa,. Cuma aku mampu doa semoga kakak ini diberi kesedaran apa yang di lakukan itu salah. Aku harap wanita-wanita di luar sana termasuk lah diri aku , Moga kita dijauhkan dari maksiat dan zina lagi-lagi sebagai seorang isteri. Masa aku dengar cerita ini. Takut aku dibuatnya ada juga bos yang ambil kesempatan . Dan Seorang pekerja pula sanggup menggadaikan maruah demi Naik pangkat.

Suami-suami yang di luar sana jaga lah isteri anda sebaiknya dan kita sebagai wanita dan isteri aku harap kita dapat menjaga maruah diri dan keluarga. Minta dijauhkan dari perkara sebegini. Aku sudah tidak contact kakak itu lagi, aku sendiri tidak tahu hari-hari yang dia sedang lalui. Rezeki Allah yang berikan. Janganlah kita meletakkan duit yang pertama, Allah yang kedua. Allah yang memberi rezeki dan Allah juga boleh menarik rezeki itu, Sebesar mana gaji yang kita dapat sekiranya tiada keberkatan, tidak akan cukup gaji itu pada kita, ianya akan sentiasa habis seperti air. Jangan lah kita takut untuk menolak kemungkaran.

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia