Home / Artikel / Isteri Dirantai Macam Anjing & Dibiarkan Kelaparan Hanya Kerana Hal Ini!!?

Isteri Dirantai Macam Anjing & Dibiarkan Kelaparan Hanya Kerana Hal Ini!!?

Ingatkan dalam cerita P.Ramlee je masak sayur asam tak mau campur belacan sampai nak pancung isteri. Rupanya, in real life pun ada jugak lelaki macam ni…

Menurut Mirror, seorang suami dari Ukraine mahu beri pengajaran pada isterinya dengan merantai wanita malang ini di leher ‘seperti anjing’ dan biarkan dia haus dan kelaparan hanya kerana sup yang dimasak oleh isterinya ini tak sedap. Kau ni biar betul bang?

Pendengaran kes di mahkamah mengatakan lelaki berusia 40 tahun yang dikenali sebagai Alexander ini telah melilit rantai besi di leher isterinya dan mengikat rantai tersebut di salah satu perabot di dalam rumah mereka.

Insiden ini berlaku pada Disember tahun lalu, selepas pasangan ini bergaduh di rumah mereka. Pergaduhan ini bermula bila wanita malang, Angela menghidangkan sepinggan borscht – sup masam yang dibuat menggunakan bit sebagai bahan utama – sebelum Alexander menjerit “jijik” pada wanita ini.

Kerana bengang dengan masakan isterinya, Alexander telah mengikat leher isterinya. Tak cukup dengan itu, Angela kemudian dipaksa untuk hidup tanpa makanan, minuman selama tiga hari dan tak dibenarkan guna tandas.

Bila Angela mengadu tentang penyeksaan yang dilaluinya ini, Alexander akan memukulnya menggunakan kayu penguli tepung.

Nasibnya baik, tiga hari kemudian, saudara Angela datang ke rumah untuk mencarinya. Mereka memecah masuk rumah yang berkunci itu dan mendapati wanita itu terbaring lemah, menggigil dan pucat sebelum membuat panggilan kecemasan.

Alexander telah pun melarikan diri, mungkin selepas melihat polis dan ambulans di hadapan rumahnya.

Namun, beberapa jam kemudian, pihak polis dapat menangkap Aleander yang sedang bersembunyi di dalam garaj lebih kurang 20 kilometer dari kawasan rumah pasangan ini.

Angela berkata suaminya menjerit dan memarahinya kerana sup yang dimasaknya tak sedap. Tapi dia percaya sup itu hanyalah alasan suaminya itu untuk menderanya kerana dia berhenti beri duit pada Alexander.

Dia jerit dan marah saya kerana kualiti masakan saya teruk, tapi sebenarnya dia marah kerana saya tak bagi duit padanya”

Ketika disoal siasat, Alexander mengaku yang dia bercadang untuk merantai isterinya selama sembilan hari.

Dia telah dihatuhkan hukuman penjara tiga tahun pada 2017 tapi pihak pendakwaraya meminta supaya mahkamah beri hukuman yang lebih berat.

Malangnya, mahkamah telah menolak rayuan pihak pendakwaraya dan mengatakan hukuman tersebut tak akan diubah.

Tak setimpal betul hukuman yang diberikan. Cuba bayangkan kalau Angela kena rantai sampai sembilan hari, memang boleh mati kot.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia