Home / Artikel / Ini Dia Wajah Pengasuh Durjana Mengaku Tak Salah Bunuh Adam Rayqal!

Ini Dia Wajah Pengasuh Durjana Mengaku Tak Salah Bunuh Adam Rayqal!

Baru-baru ni negara kita dikejutkan dengan kematian seorang budak lelaki berusia lima bulan Adam Rayqal Mohd Sufi yang ditemui mati dalam peti sejuk di rumah pengasuhnya di Jalan Nakhoda Kiri Tiga, Batu Caves.

Selepas pemeriksaan lanjut, Adam dipercayai meninggal dunia kerana kecederaan di kepala dan pendarahan di sebelah kanan otak, lapor Berita Harian. Hasil bedah siasat juga menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri otak Adam.


Oleh sebab itu, pengasuh Adam yang dikenali sebagai Noor Aqilah Abd Rahman telah didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini. Aqilah didakwa dengan dua tuduhan iaitu menyebabkan kecederaan kepala dan melupuskan mayat bayi comel tersebut awal bulan ini.

Pun begitu, pengasuh berusia 33 tahun itu mengaku tidak bersalah atas segala tindakan yang telah dibuat dan memohon untuk dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan ke atasnya. Pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Aqilah sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Adam juga didakwa menganiaya bayi berkenaan sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk di kepala mangsa.

Pengasuh kejam itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, wanita tersebut didakwa telah melupuskan mayat bayi berkenaan dengan niat untuk menyembunyikan kematian tersebut supaya dia terlepas daripada hukuman. Pertuduhan itu mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan boleh didenda.

Semoga kes akan diselesaikan dengan penuh keadilan.

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia