Home / Artikel / Ingatkan Selimut, Rupanya Kain Pontianak Yang Ditarik!!

Ingatkan Selimut, Rupanya Kain Pontianak Yang Ditarik!!

Assalamualaikum. Artikel yang disiarkan kali ini merupakan hasil perkongsian dari pengalaman salah seorang pembaca. Ikuti pengalaman seram beliau yang sungguh mendebarkan ini. Alkisahnya, saya merupakan seorang rakyat Singapura yang bernikah dengan seorang warga Malaysia dan seterusnya menetap di Melaka.

Ada sesekali saya akan pulang ke Singapura dan menginap di rumah mak saudara saya yang terletak di Jurong. Mak saudara saya ini berjualan kuih, jadi dia akan mula memasak kuih-muih jualannya pada malam hari dan ada yang akan disiapkan pada waktu subuh. Ini kerana menjelang pukul 6.00 pagi semuanya dah mesti siap sampai di tapak jualannya.

Kebetulan masa itu saya berada di rumahnya. Pada malam itu saya menolong mak saudara saya masak kuih-kuih di dapur. Sedang kami sibuk saya menegur mak saudara saya. Saya berkata, “Mak Ngah, kain selimut yang Mak Ngah jemur kat galah kat luar tu tak nak angkat ke? Sebab dah malam ni, nanti kena embun pulak.

Mak Ngah menjawab, “Mana ada basuh baju hari ini. Harini mak Ngah sibuk sikit, nak basuh baju pun tak sempat. Agaknya itu kain orang atas yang jatuh ke bawah”. Memandangkan mak saudara saya sedang sibuk dengan kerja-kerja beliau, saya pun cuba pergi jenguk di beranda dapur untuk melihat kain apa itu.

Dalam pada itu, saya cakap dengan mak saudara saya, “Saya tolong angkatlah kain ni Mak Ngah”. Dengan acuh tak acuh Mak ngah menjawab, “Ikut suka kau lah”. Sedang saya tarik-tarik kain yang berkibar itu mak suadara saya datang ke arah saya dan menjenguk kepalanya ke atas.

Pada masa itu saya masih menarik kain putih tersebut. Agak kuat jugaklah saya menariknya tapi dalam masa yang sama kain itu menyentap balik dengan kuat lalu kain itu terus terbang melayang. Tiba-tiba terdengar suara mak saudara saya menjerit.

Saya yang masih terperanjat dengan apa yang berlaku hanya mampu memerhatikan kain itu terbang tanpa dapat bersuara. Selepas itu saya terdengar pula suara orang menjerit di blok yang betentangan dengan blok apartment kami. Bukan itu sahaja, malah saya turut mendengar dengan jelas suara hilaian di langit dan kemudian kami dengar macam suara

Mak saudara saya memberitahu saya bahawa benda yang terbang itu tadi adalah pontianak. Disebabkan hal itu, saya menjadi seperti bingung selama beberapa hari. Masih saya terasa di tangan saya kain putih itu sebab saya yang menyentap kuat kain putih tersebut. Tetapi nak kata kain putih itu betul-betul putih pun tidaklah putih sangat kerana ada sedikit kotoron seperti kesan tanah pada kain tersebut.

Sewaktu saya menulis cerita ini pun saya masih dapat merasakan seperti kain putih dan tanah itu ada pada tapak tangan saya. Pada keesokan harinya kami menceritakan mengenai perkara ini kepada ahli keluarga yang lain. Kata mereka, di kawasan Jurong ini memang angker dan ‘keras’.

Selepas itu barulah kami mendapat tahu bahawa ada salah seorang daripada penghuni di situ yang mengamalkan ilmu hitam dan membela mahkluk ini. Apa yang peliknya ialah pengamal ilmu hitam itu telah meninggalkan mahkluk belaannya iaitu pontianak dia di situ. Orangnya pula sudah berpindah tidak tahu di mana.

Perkara yang saya alami itu berlaku kira kira pukul satu suku pagi. Saya memberitahu pada ahli keluarga saya mungkin jika di Malaysia jarang kami nak jumpa mahkluk ini kerana masih terdapat banyak hutan dan pokok-pokok yang masih terpelihara. Sebab mahkluk ini biasanya tinggal di tempat-tempat yang sunyi. Lagi satu ialah mahkluk ini dia terbang, jadi dia akan menyinggah di atas pokok-pokok yang tinggi.


Di Singapura pula sudah tidak banyak pokok-pokok tinggi dan tempat sunyi seperti hutan kerana kebanyakan kawasan telah dimajukan untuk kegunaan rakyat Singapura. Maka, makhluk ini akan singgah di rumah flat atau bangunan yang tinggi. Sasaran mahkluk ini biasanya di tingkap rumah yang tinggi dan akan mengganggu orang yang pulang lewat malam.

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia