Home / Artikel / Honor 10 Dengan Dual Lensa Dan Kamera AI. Ini Flagship Yang Membunuh Flagship Lain!!

Honor 10 Dengan Dual Lensa Dan Kamera AI. Ini Flagship Yang Membunuh Flagship Lain!!

Honor Malaysia baru sahaja melancarkan Honor 10 pada Mei lalu di Malaysia dan kali ini apa yang menjadikan Honor 10 lebih canggih lagi kerana dilengkapi dengan Kamera AI yang menjadikan pengalaman menggunakan Honor 10 ini lebih lancar.

Honor 10 ini sememangnya memenuhi kriteria sebagai sebuah modern flagship dengan performance yang hebat, design yang cantik, dan dilengkapi AI camera yang masih tiada pada kebanyakan flagship jenama lain ketika ini.

Dengan pelbagai fungsi menarik yang dimuatkan ke dalam Honor 10, ianya sekaligus menempatkan Honor sebaris dengan flagship dari jenama lain, tetapi mempunyai banyak aspek yang membuangkan Honor 10 ini lebih menyerlah berbanding yang lain.

REKAAN BERPRESTIJ YANG MENAWAN

Rekaan Honor 10 menggunakan gabungan rekaan kaca di bahagian depan serta belakang melalui aluminium frame di bahagian tepi. Senibina Aurora Glass yang memuatkan 15 lapis warna memberikan kesan menarik bila dilihat pada setiap sudut. Ini menjadikan rekaan Honor 10 nampak sangat elegan dan eksklusif!

Rekaan kaca di belakang menjadi pilihan banyak flagship smartphones pada ketika ini dan ianya pasti akan terus menjadi trend bagi tahun-tahun yang akan datang.

Honor 10 datang dengan beberapa pilihan warna iaitu Phantom Blue, Phantom Green, Midnight Black, dan Glacier Grey.

SPESIFIKASI RELEVAN UNTUK BERTAHUN LAMANYA!

Buat apa sahaja pada Honor 10 ini, langsung tidak menjadi masalah. Daripada bermain game, editing, atau sekadar menggunakannya untuk sosial media, Honor 10 dapat menjalankannya dengan sangat lancar. Dengan ciri-ciri spesifikasi terkini, jangan risau kerana Honor 10 ini akan kekal relevan untuk bertahun lamanya.

Dikuasakan oleh chipset Hisilicon Kirin 970 dengan RAM 4GB serta ruang storan bersaiz 128GB, ini jelas memberitahu kita bahawa Honor 10 merupakan flagship yang sangat sempurna. Tambahan lagi, Honor 10 sudahpun disertakan dengan sistem operasi Android 8.1 (Oreo) yang terbaru keluar sahaja dari kotak.

Saiz bateri sebesar 3,400 mAh dengan sokongan Honor Super Charge 5V/4.5A yang membolehkan phone ini hanya memerlukan masa 25 minit untuk memberikan kadar caj dari 0% ke 50%.

Kamera AI

Mempunyai dual-lens di belakang iaitu 16 MP (f/1.8) + 24 MP B/W (f/1.8). Bagi kamera hadapan pula dilengkapi dengan satu lens bersaiz 24 MP (f/2.0). Apa yang membuatkan kamera pada Honor 10 ini lebih canggih, kerana ianya dilengkapi dengan AI pada kamera depan dan belakang yang membuatkan proses untuk mengambil gambar menjadi jauh lebih mudah.

Fungsi AI ini mampu mengesan objek yang ingin kita ambil seperti makanan, bunga, langit, tasik, bangunan, pemandangan, dan banyak lagi yang kemudiannya memberikan sentuhan paling cantik dan profesional mengikut keadaan secara serta-merta selepas gambar diambil. Ini bermakna gambar yang diambil dah kelihatan seperti di’edit dan boleh terus di’upload ke media sosial. Genius kan?

Bagi yang suka selfie atau mengambil gambar portrait, bukan sahaja AI pada Honor 10 ini akan menghasilkan gambar seakan diambil juru gambar profesional malah sokongan seperti Portrait Lighting menjadikan gambar seperti diambil di dalam studio.

TAHAP KESELAMATAN YANG TINGGI

Honor 10 dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan melalui cap jari dengan sensor di bawa kaca yang sangat stabil biarpun tangan pengguna basah atau berminyak. Selain dari sensor cap jari, Honor 10 juga dilengkapi dengan fungsi Face Unlock yang membolehkan phone ini mengenali wajah pemiliknya dan menjadikan proses untuk membuka phone sangat mudah dengan hanya melihat sahaja.

ADAKAH INI PHONE UNTUK KORANG?

Bagi Ohmedia, kalau korang nak upgrade kepada phone baru ini masa yang sesuai kerana harganya yang mampu milik tetapi datang dengan spesifikasi sebuah smartphones yang mahal. Dengan semua kelebihan yang dimuatkan ke dalam Honor 10 ini, ianya pasti berbaloi untuk dimiliki.

Honor 10 dijual pada harga RM1599 dan ianya boleh didapati di kedai penjual rasmi jenama Honor seperti di Shopee ataupun boleh dibeli secara online melalui website HiHonor.com/My.

var innity_nativeAnalytic = innity_nativeAnalytic || {}; innity_nativeAnalytic.q = innity_nativeAnalytic.q || []; innity_nativeAnalytic.q.push(function() { innity_nativeAnalytic.track({campaignID: 23507, adID: 216998, readID: 216999}); }); Sumber http://www.ohmedia.my/2018/07/honor-10-dengan-dual-lensa-dan-kamera-ai.html

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia