Home / Keluarga / Hapuskan Semut & Lalat, Guna Spray Buatan Sendiri!

Hapuskan Semut & Lalat, Guna Spray Buatan Sendiri!

Boleh jadi stres dibuatnya kalau rumah banyak semut.  Pantang ada minuman manis atau makanan tertumpah,  sekelip mata sahaja ‘tetamu’ ini akan datang tanpa diundang.

Bayangkan pula kalau ada anak kecil. Pasti ada sahaja makanan tertumpah di mana-mana ruang rumah.  Jadi apa cara yang harus anda lakukan?  Jika guna racun serangga bimbang juga,  takut anak tersentuh dan termakan. Jadi apa solusinya?

Ikuti perkongsian seorang ibu ini dalam menyelesaikan masalah semut ini.

Biasanya kalau kat luar rumah, saya guna racun serangga je. Tapi jarang spray kat dalam rumah sebab ada anak kecik. Guna racun serangga organik untuk spray dalam rumah tapi semut  tak mati lak. Spray serai wangi pun tak berkesan. 

Sebelum ni pernah guna beberapa petua halau semut, tapi semuanya mengecewakan. Huhu.. Yela, petua tu dah terang-terang nak halau je bukan membunuh semut. Memang lah semut tak ikut laluan tu, tapi dia buat jalan baru pulak. Dahtu semut makin banyak.

 

Sekarang untuk membanteras semut di dapur dan dalam rumah saya gunakan spray serbaguna homemade ni.

Berkesan juga hapuskan lalat.

Yang pasti, selamat digunakan kalau ada anak kecik sekalipun.  Kawasan-kawasan yang anak  tak boleh capai lak, saya guna racun jenis serbuk (untuk kawal populasi semut yang bersarang dalam rumah). Yg ni boleh beli kat kedai DIY. Alhamdulillah, boleh la lega untuk sebulan-2 sebelum semut menyerang balik.

Spray Serbaguna (homemade)

 

Bahan-bahan:

¼cawan cuka putih1

¼ cawan air paip

1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan

Cara buat :

1. Campurkan semua bahan.

2. Masuk dalam botol spray dan sedia untuk digunakan.

TIP
* Bancuhan ni sebenarnya tiada sukatan yang tetap pun, TAPI kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak  tidak berkesan dan kalau terlebih sabun licin sangat bila dah kering.

* Yang saya buat ni 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.

* Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi tak berapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.

Kegunaan :

1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ni bukan je membunuh nyamuk, lalat dan semut. Tapi cuka tu hilangkan bahan kimia yang dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).

2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecik ni tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, saya guna spray ni je. Senang keje.

3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak tu. Dah xpayah beli mahal² la lepas ni.

4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).

5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh mati kalau terkena.

6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.

Sumber:Yatie Eimra

Tinggalkan Komen

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Incoming search terms: