Home / Artikel / Google Maps Rakam Gambar Kokpit Dan Ekor Pesawat MH370 Di Hutan Kemboja

Google Maps Rakam Gambar Kokpit Dan Ekor Pesawat MH370 Di Hutan Kemboja

Google Maps Rakam Gambar Kokpit Dan Ekor Pesawat MH370 Di Hutan Kemboja

LONDON – BRITAIN. Kokpit dan ekor pesawat MH370 yang tertera logo Malaysia Airlines (MAS) didakwa telah dijumpai di Kemboja.

Usaha mencari pesawat tersebut secara dalam talian dipergiat selepas penemuan bangkai pesawat itu di sebuah hutan di Phnom Penh menerusi aplikasi Google Maps oleh Brit Ian Wilson.

Lokasi kedua ‘nahas’ terletak kira-kira 16 kilometer dari tapak pertama telah ditemui seorang penyiasat yang juga pemburu pesawat amatur, Daniel Boyer.

Menurutnya, dia boleh menghasilkan imej kasar kokpit dan ekor pesawat tersebut yang menunjukkan beberapa objek putih di hutan barat laut Phnom Penh.

Boyer memberitahu Daily Star, salah satu objek itu berukuran 5.4 meter (m) hampir sama dengan saiz kokpit Boeing 777 tersebut yang berukuran 5.8 m yang diyakini sebagai bahagian hadapan pesawat terbabit.

Jelasnya, dia juga boleh melihat garisan merah logo MAS pada sebuah lagi objek berukuran 9.6 m dipercayai ekor MH370.

“Saya seperti tidak percaya apabila membuat pemerhatian tersebut. Pertama, saya temui kokpit dan kemudian ini (ekor). Serpihan itu perlu disiasat,” ujarnya lagi.

Imej pertama MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 ditemui Ian Wilson selepas dia menghabiskan masa selama beberapa jam melakukan carian secara dalam talian.

Gambar daripada Google Maps itu bagaimanapun mencetuskan tanda tanya tentang kesahihannya kerana mempunyai tarikh yang berbeza. – The Sun


sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia