Home / Artikel / Gempar! Pelakon Dan Pengecara Awal Ashaari Kemalangan Teruk, 6 Gambar

Gempar! Pelakon Dan Pengecara Awal Ashaari Kemalangan Teruk, 6 Gambar

Gempar! Pelakon Dan Pengecara Awal Ashaari Kemalangan Teruk, 6 Gambar-Kereta yang dinaiki pelakon dan pengacara Awal Ashaari rosak teruk selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Hentian Rawat & Rehat (R&R) Ayer Keroh, Melaka arah Selatan. Kemalangan yang hampir meragut nyawanya itu berlaku pada tarikh yang sama seperti dua hari lepas iaitu, 29 Mac 2015.

Mungkin disebabkan itu, sukar bagi Awal untuk berkongsi pengalaman yang terpaksa dilalui apabila terlibat dengan kemalangan jalan raya 3 tahun lalu. Jika dilihat kereta yang dipandu Awal, tentu ramai yang menyangka bahawa orang yang berada di dalam kereta tersebut sudah meninggal dunia, tetapi Allah swt lebih menyayangi Awal.

“Ini kali pertama saya membuka semula kisah yang sudah saya campak jauh-jauh dari hidup saya.

“Ketika kejadian saya sebenarnya demam dan duduk di kerusi penumpang sebelah kiri, ketika dalam perjalanan kereta yang dipandu rakan saya terbabas melanggar bahu jalan.

“Kemudian tercampak, terbalik dan melambung kira-kira 100 meter sebelum terhempas atas tunggul pokok yang baru dipotong.

“Ketika itu saya tergantung dan hanya sedar apabila dengar orang menjerit meminta tolong, saya nampak rumput dan kaki orang berjalan.

“Kemudian ada seseorang datang membuka tali pinggang keselamatan dan saya terjatuh. Kemudian dikejarkan ke hospital.

“Memang kalau imbas kembali kisah silam itu saya akan beremosi. Saya bersyukur diberikan peluang kedua ketika saya memikirkan saya hampir kehilangan semua insan yang saya sayangi dalam hidup,” katanya sebak kepada Astro Gempak.

Kemalangan itu terjadi ketika Awal dalam perjalanan ke Jom Heboh yang diadakan di Melaka untuk mengacarakan program TV3 iaitu Melodi. Awal juga memuat naik video di Instagram beliau mengenai peristiwa hitam tersebut.

Berikutan kemalangan itu, Awal juga harus menjalani rawatan susulan selama setengah dan kereta jenis BMW 6 Series beliau gagal dibaik pulih. Awal yang patah tulang T2, L4 dan tulang koksik dan berhabis puluhan ribu untuk pelbagai rawatan seperti MRI, CT Scan, fisioterapi dan sebagainya.

Sumber Dari- https://www.hangat.com/2018/36542/dua-tulang-belakang-retak-kereta-pula-remuk-enjin-tercabut-awal-ashaari/

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia