Home / Artikel / GEMPAR! Lagi kes Bayi 3 Bulan Patah Kaki, Pengasuh Di Dakwa

GEMPAR! Lagi kes Bayi 3 Bulan Patah Kaki, Pengasuh Di Dakwa

GEMPAR! Lagi kes Bayi 3 Bulan Patah Kaki, Pengasuh Di Dakwa-SHAH ALAM: Bapa kepada bayi berusia tiga bulan yang patah tulang paha kiri disyaki ketika berada dalam jagaan pengasuhnya, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh berkenaan.

Bayi perempuan berusia tiga bulan yang patah tulang kiri disyaki ketika dalam jagaan pengasuhnya di Seksyen 19, Shah Alam, semalam.

Muhamad Muhsin Zaidi, 29, berkata laporan polis sudah dibuat tetapi siasatan terpaksa ditangguhkan berikutan pengasuh anaknya sudah pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

“Pihak hospital juga sedang berusaha mengenal pasti punca kecederaan yang dialami anak saya dan kemudian melalui hasil siasatan serta laporan perubatan, saya akan lantik peguam jenayah dan peguam sivil untuk bawa pengasuh itu ke mahkamah.

“Saya kini menunggu pakar tulang kanak-kanak daripada Hospital Serdang untuk memeriksa keadaan anak saya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini

Beliau yang bertugas sebagai penolong pegawai perubatan di Hospital Shah Alam, Selangor (HSAS), menyedari paha kiri anaknya patah ketika menjemput anaknya selepas dihubungi pengasuh.

“Saya perasan kaki anak saya patah ketika mengambilnya dan bertanya kepada pengasuh bagaimana ia berlaku.

“Bagaimanapun pengasuh menafikan kemungkinan anak saya ada terjatuh malah memberitahu saya bahawa tiada apa-apa berlaku sepanjang anak saya berada dalam jagaannya,” katanya.

Mohamad Muhsin berkata, apa yang terjadi pada anaknya perlu dihebahkan agar ibu bapa serta pengasuh lebih peka terhadap keselamatan anak-anak selain faham risiko setiap kali menghantar anak ke pengasuh.

Beliau turut berharap agar ada syarat baharu dikenakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap pusat asuhan seperti perlu memasang Kamera Litar Tertutup (CCTV); memastikan pengasuh bertauliah yang digajikan, pemeriksaan berkala dan lain-lain penguatkuasaan.

Bayi itu yang baru dua minggu dihantar untuk dijaga pengasuh terbabit kini mendapatkan rawatan di HSAS.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, mengesahkan menerima laporan daripada bapa mangsa pada jam 1 pagi semalam.sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia