Home / Artikel / GEMPAR! Ketua Agama Di Belasah Selepas Gagal Hidupkan Orang Mati

GEMPAR! Ketua Agama Di Belasah Selepas Gagal Hidupkan Orang Mati

Seorang ketua agama ditahan selepas dia gagal menghidupkan semula orang yang telah meninggal dunia di Addis Ababa, Ethiopia.

Ketua Agama Kena Belasah Selepas Gagal Hidupkan Orang Mati

Rakaman tersebut menjadi tular di media sosial.

Getayawkal Ayele didakwa cuba melakukan perbuatan itu kepada mayat Belay Biftu dengan berbaring di atasnya dan menyeru namanya beberapa kali.

Menurut polis, usaha lelaki itu gagal dan ia telah mencetuskan kemarahan keluarga Biftu dan mereka bertindak memukulnya.

“Dia ‘diselamatkan’ oleh pihak berkuasa yang tiba di lokasi kejadian dan memberkasnya,” kata jurucakapnya.

Difahamkan, insiden itu turut dirakamkan dan menjadi tular di media sosial.

Penduduk di bandar Galilee di wilayah Oromia memberitahu, Ayele bertemu dengan keluarga Biftu dan menceritakan kisah Lazarus yang dibangkitkan dari kubur oleh Jesus.

Jadi, mereka bersetuju untuk menggali semula kubur Biftu untuk menghidupkannya semula.sumber: astroawani

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

kerja kosong malaysia